Watak Papa Zola digugurkan dalam filem BoBoiBoy akan datang

Watak Papa Zola digugurkan dalam filem BoBoiBoy akan datang

BOBOIBOY antara karya animasi keluaran Malaysia yang menjadi kegemaran kanak-kanak dan juga dewasa.

Karakter yang ditampilkan begitu ikonik dan menjadi ingatan penonton termasuk karakter Papa Zola yang menjadi perhatian penonton kerana keletahnya.

Papa Zola yang terkenal dengan tagline ‘kebenaran’ antara karakter yang menyerlah dan popularitinya setanding dengan karakter utama.

Bagaimanapun, penonton mungkin tidak dapat lagi melihat watak tersebut dalam filem BoBoiBoy yang akan datang.

CEO Monsta serta pelakon suara Papa Zola, Nizam Abd. Razak menerusi facebook miliknya mengesahkan bahawa watak Papa Zola akan dibuang daripada filem BoBoiBoy akan datang.

“Selepas membaca komen dan maklum balas anda semua: Confirmed: Papa Zola akan dibuang daripada filem BoBoiBoy akan datang.

“Idea untuk fusionkan Papa Zola dan Gopal juga tidak diterima. Papablo Esgopal sedih,” katanya di laman facebook miliknya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berasa sedih dengan pengumuman tersebut tetapi turut mengharapkan yang terbaik daripada animasi BoBoiBoy. SM

Watak Papa Zola digugurkan dalam filem BoBoiBoy akan datang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Gangguan seksual berleluasa dalam industri hiburan

Mawar Rashid dilabel materialistik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker