Umno, PAS mungkin boleh kerjasama dalam PRU – Tok Mat

Umno, PAS mungkin boleh kerjasama dalam PRU – Tok Mat

Pertembungan antara Umno-PAS dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka tidak bermaksud dua parti berkenaan tidak boleh bekerjasama dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan.

Dalam temubual bersama FMT, Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkongsi bagaimana parti itu cuba mengelak pertembungan bersama rakan sekutunya dalam Muafakat Nasional (MN) itu.

Dalam PRN Melaka yang berlangsung ketika ini, Umno dan PAS, yang juga sebahagian daripada Perikatan Nasional (PN), akan bertembung di tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Di PRN Melaka kita berunding (dengan PAS) dan kita tawar kerusi. PAS tak menang apa-apa kerusi di Melaka semasa PRU14. Kita tawar kerusi kepada PAS,” katanya.

Mohamad berkata, di Melaka mempunyai 23 kerusi majoriti Melayu dan BN bersedia bertanding hanya 18 kerusi, dengan baki bilangan kerusi diberikan kepada PAS dengan syarat parti Islam itu menggunakan logo mereka sendiri bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan pengundi.

“Tapi PAS pilih guna logo PN. Maka kita (Umno) anggap tawaran kita ditolak,” kata beliau.

Bagaimanapun, Mohamad berkata ia bukan bermaksud pengakhiran untuk MN kerana kerjasama itu bukan terhad kepada politik, malah ia adalah agenda untuk menyatupadukan sesama orang Melayu Islam.

“Apa jua berlaku, walaupun UMNO/BN terpaksa mengharungi PRU bersendirian, agenda menyatukan Melayu dan Islam akan tetap kami teruskan,” katanya.

Mohamad yang juga dikenali dengan panggilan Tok Mat berkata, keadaan politik dinamik sentiasa berubah-ubah dan dua parti itu mungkin boleh bekerjasama dalam PRU15.

“Mungkin dalam PRU15 Umno dan PAS boleh jumpa formula yang sesuai untuk kerjasama. Kenapa tidak?”

Sementara itu, mengulas mengenai kempen BN, Mohamad akui ada bantahan dan suara tidak puas hati terhadap calon dipilih pada permulaan, tetapi ia sudah diselesaikan.

Hanya empat daripada 28 calon PRN itu membabitkan calon penyandang dan selebihnya adalah muka baharu.

“Penerimaan masyarakat kepada calon amat baik. Ramai muka baharu yang dikemukakan…ahli profesional dan ini memudahkan penerimaan oleh pengundi,” katanya.

Beliau berkata, cabaran utama sekarang adalah SOP Covid-19 yang terlalu ketat yang membuatkan perjalanan kempen menjadi sukar.

“Umno, kekuatan kita ialah jentera di peringkat akar umbi, jadi SOP ini amat menyukarkan. Ia menyukarkan buat UMNO/BN, (tetapi) kita dah mula sesuaikan diri,” tambah beliau. FMT

Umno, PAS mungkin boleh kerjasama dalam PRU – Tok Mat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Gangguan seksual berleluasa dalam industri hiburan

Mawar Rashid dilabel materialistik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker