Penyandang DUN Asahan, Abdul Ghaffar Atan meninggal dunia

Sebaran :

Penyandang DUN Asahan, Abdul Ghaffar Atan meninggal dunia

PENYANDANG kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, Datuk Abdul Ghafaar Atan meninggal dunia sebentar tadi, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Abdul Ghaffar, 65, yang juga bekas Exco kerajaan negeri Melaka sebelum ini dilaporkan ditempatkan di unit rawatan rapi di sebuah hospital setelah dijangkiti COVID-19.

Menurut Ahmad Zahid, pemergian Allahyarham Abdul Ghafaar yang juga Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah sangat memberi kesan kepada UMNO.



“Salam takziah kepada keluarga Allahyarham YB Datuk Wira Hj. Abdul Ghafaar Atan yang telah pergi meninggalkan kita semua sebentar tadi.

“Pemergian beliau secara tiba-tiba sangat memberi kesan kepada kita semua yang masih meneruskan perjuangan demi kemenangan parti pada #PRN #Melaka kali ini.

“Semoga rohnya dirahmati Allah dan ditempatkan bersama para Kekasih-Nya di alam sana.

“Marilah kita hadiahkan bacaan Al Fatihah untuk arwah dan semoga jasanya kepada perjuangan akan menjadi bekalan berharga di sisi Allah. Allahummaa Aameen Yaa Rabbal A’laameen,” katanya menerusi Facebook beliau sebentar tadi.



Pada PRN Melaka ini, BN mencalonkan Ketua Pemuda UMNO Alor Gajah, Fairul Nizam Roslan di kerusi berkenaan.

Saingan enam penjuru di DUN Asahan turut menyaksikan ditandingi bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron atas tiket Pakatan Harapan (PH). Utv

Penyandang DUN Asahan, Abdul Ghaffar Atan meninggal dunia


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Gangguan seksual berleluasa dalam industri hiburan

Mawar Rashid dilabel materialistik


Sebaran :

Leave a Reply