Laungan Reformasi Meledak, Raja Thailand Lari Ke Jerman Bawa 30 Anjing Diraja

Sebaran :

Laungan Reformasi Meledak, Raja Thailand Lari Ke Jerman Bawa 30 Anjing Diraja

Raja Thailand yang sering mencetuskan kontorversi, Maha Vajiralongkorn telah lari ke Jerman ditengah-tengah desakan dari penunjuk perasaan yang mahu pembaharuan di negaranya. Menurut The Guardian, ini merupakan perjalanan pertamanya ke luar negara sejak protes pro-demokrasi pertama kali meletus tahun lalu di Thailand.

Tabloid Jerman Bild melaporkan Vajiralongkorn tiba pada hari Isnin di Bavaria, dengan rombongannya seramai 250 orang dan 30 anjing diraja. Difahamkan bahawa beliau telah menempah seluruh lantai hotel lapangan terbang Hilton Munich selama 11 hari.

Terdahulu, beliau pernah tinggal lama di sebuah vila di Tasik Starnberg di Bavaria pada kemuncak protes antikerajaan tahun lalu sehingga ia mencetuskan masalah diplomatik di Jerman. Ketika itu menteri luar negeri, Heiko Maas memberi amaran bahawa hal ehwal negara tidak boleh diuruskan dari Jerman.



“Kami menjelaskan bahawa politik Thai tidak sepatutnya dilakukan dari Jerman,” kata Maas kepada Bundestag pada Oktober 2020. “Jika ada tetamu di negara kita yang menjalankan urusan negaranya dari tanah kita, kita akan sentiasa mahu bertindak. Menentang cara itu.”

Apa yang berlaku di Thailand?

Tuntutan reformasi bukanlah sesuatu yang baharu di Thailand, ia sudah berlangsung sejak awal tahun lalu lagi. Mereka menuntut reformasi sistem monarki kerajaan yang kini diperintah oleh Raja Maha Vajiralongkorn. Mereka juga menentang keputusan mahkamah bahawa tuntutan pembaharuan adalah percubaan rahsia untuk menggulingkan kerajaan.

Mahkamah dalam keputusannya beberapa hari lalu memutuskan bahawa tuntutan untuk mereformasi kerajaan, yang telah disebarkan secara meluas sejak Ogos 2020, adalah tidak berperlembagaan dan direka untuk menggulingkan institusi itu.



Protes itu diketuai oleh gerakan pro-demokrasi, yang menggesa penyingkiran Perdana Menteri Prayut Chan-ocha sejak tahun lalu. Penunjuk perasaan berbaris di hadapan polis pencegah rusuhan yang membawa plakad bertulis “Tiada Raja Mutlak” dan “Reformasi bukan Mansuhkan (Kerajaan)”.

Selain itu, rakyat Thailand juga mendakwa bahawa raja menguasai kekayaan negara yang dianggarkan mencecah puluhan bilion dolar AS. Sejak diangkat menjadi Raja, aset bernilai berbilion dolar yang dipegang oleh Kerajaan Thailand telah dipindahkan ke Vajiralongkorn.

Kekecewaan juga meningkat selepas pada permulaan COVID-19, Raja Thailand banyak menghabiskan sebahagian besar masanya di luar negara dan tidak memimpin negara ketika Thailand sedang bergelut dengan pandemik COVID-19. Vc

Laungan Reformasi Meledak, Raja Thailand Lari Ke Jerman Bawa 30 Anjing Diraja




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Gangguan seksual berleluasa dalam industri hiburan

Mawar Rashid dilabel materialistik


Sebaran :

Leave a Reply