Remaja malang dirogol selama 6 bulan oleh 400 orang lelaki
Remaja malang dirogol selama 6 bulan oleh 400 orang lelaki
NEW DELHI: Sedih dan tragis apabila seorang remaja berusia 16 tahun didakwa telah menjadi mangsa nafsu buas oleh 400 lelaki di daerah Beed, Maharashra.
Remaja malang tersebut baru sahaja dikahwinkan lalu dilaporkan telah menjadi mangsa rogol sejak enam bulan yang lalu.
Lebih menyedihkan apabila mangsa dieksploitasi secara seksual walaupun cuba memfailkan aduan kepada seorang anggota polis, lapor India Today.
Ekoran daripada kerja terkutuk tersebut, remaja malang berkenaan didakwa kini disahkan mengandung dua bulan.
Difahamkan, selepas remaja itu membuat aduan kepada pihak polis minggu, kes telah didaftarkan di bawah Akta Larangan Perkahwinan Kanak-Kanak, Akta Perlindungan Kanak-Kanak dari Serangan Seksual dan kesalahan rogol di bawah Undang-Undang Jenayah India.
Memetik sumber Utusan Malaysia, Superintenden Polis di Beed, Raja Ramasamy berkata, tiga individu telah pun ditahan berhubung kes tersebut.
Menurutnya, ketika remaja itu membuat aduan, dia telah kehilangan ibunya setahun lalu. Ayahnya kemudian mengaturkan perkahwinannya lapan bulan lalu.
Apa yang parahnya, mangsa mendakwa dia telah dibelasah dan disakiti oleh suami serta iparnya.
Gara-gara penganiayaan itu, dia melarikan diri dan kembali untuk mencari bapanya.
Namun, bapanya enggan menerimanya dan dia terpaksa mengemis di stesen bas di Ambajogai di daerah Beed.
Di situlah bermula titik hitam dalam kehidupannya apabila dia telah dieksploitasi secara seksual.
“Saya didera oleh ramai orang. Saya pergi ke balai polis Ambajogai beberapa kali untuk membuat aduan, namun, pihak polis langsung tidak mengambil tindakan terhadap pelaku.
“Sebaliknya, saya yang diserang oleh pihak polis,” luahnya. Wc
Remaja malang dirogol selama 6 bulan oleh 400 orang lelaki
Baca Artikel Menarik :
- Netizen Indonesia ‘koyak’ selepas Adidas akui wayang kulit dari Malaysia
- OPPO A95 mula ditawarkan di pasaran
- PAS kata PN tidak terkesan Ahli PAS Melaka sokong BN
- i-Serve Online Mall diserbu, wang tunai RM118.7 juta dirampas
- Melampau jika SJKC mahu diinstitusikan?
- Myvi 2022, ini 9 ciri menarik pada model kali ini
- Caprice bernikah dengan ibu tunggal dari Kelantan
- Sanusi terima hadiah dari TMJ/a>
- Keluarkan motosikal kapcai daripada pasaran secara berperingkat
- Mufti Pulau Pinang tegur Menteri Besar Kedah
- Kedai Makan Asam Pedas Melaka Paling Sedap – Taraf Kayangan [Bahagian 2]
Layari Laman Facebook MYKMU
Mawar Rashid dilabel materialistik