Khalid Samad kata lesen judi, penjualan arak hanya gimik politik PAS
KUALA LUMPUR: Keputusan Kerajaan Negeri Kedah yang tidak lagi memberi kelulusan lesen premis perjudian dan mengehadkan aktiviti penjualan arak di seluruh negeri disifatkan sebagai gimik politik.
Hal itu antara lain kerana kerajaan Kedah semata-mata mahu mendapatkan sokongan golongan populis dan penyokong, pada masa sama mahu menghakis hak orang bukan Islam di negeri itu.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, tindakan kerajaan negeri diterajui Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor daripada Pas itu antara lain kerana kerajaan tidak dapat menunjukkan sebarang prestasi baik dalam aspek pengurusan negeri dan ekonomi.
“Dengan tidak lagi meluluskan lesen premis judi ia tidak akan boleh mengganti kekurangan yang sangat ketara oleh kerajaan negeri kerana apa yang rakyat harapkan ialah memajukan ekonomi akibat pandemik Covid-19.
Senada dengan Tian Chua, Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad berkata, kerajaan negeri sepatutnya merujuk kepada pihak tertentu dan rakyat jika didapati kerajaan tidak melaksanakan peraturan itu melalui prosedur yang betul.
Hal itu terutama Pas yang sepatutnya mentadbir dengan sifat fathonah atau cerdas, membahaskannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan bukannya dalam keadaan memaksa dan terburu-buru melaksanakannya.
Bagaimanapun, pandangannya tidak mencerminkan bersetuju untuk judi terus beroperasi di Kedah atau mana-mana negeri sebaliknya, tindakan dan pendekatan kerajaan negeri itu yang yang menggambarkan Islam seolah-olah suka memaksa ke atas orang bukan Islam.
“Sebagai negeri yang berperlembagaan, mesti ikut cara sedia ada. Lihat sahaja cara Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Allahyarham buat keputusan dengan cara bijaksana, berunding dan dibawa ke dewan, bincang dengan semua pihak termasuk paderi, tok sami, jadi tidak timbullah kemarahan rakyat.
“Cara kerajaan negeri ini tidak pun menyelesaikan masalah judi terutama ketika kegiatan ini boleh dilakukan secara dalam talian. Ia harus bermula dengan pendidikan. Apapun, kita serah pada rakyat, mungkin sebab mahu dekat pilihan raya, jadi kerajaan mahu tunjuklah usaha mereka,” katanya.
Khalid Samad kata lesen judi, penjualan arak hanya gimik politik PAS
Baca Artikel Menarik:
- Sanusi sindir TMJ lagi, diet sakan tak boleh menang juga
- Pedofil paksa remaja ukir nama pada payudara
- Rupanya objek keras dan tajam – Daphne Iking
- Peminjam B50 boleh mula mohon URUS
- PRN Melaka: Aku Janji PN hanya silap mata Muhyiddin?
- PRN Melaka: Calon PN hanya mampu jaja nama ‘Abah’
- Siakap vs empurau, mana lagi mahal?
- Makanan paling mahal dalam dunia, ayam selasih
- 5 Makanan Kayangan Paling Mahal Yang Boleh Didapati Di Malaysia
- Doktor bidas Rita Rudaini
- Lokasi Kaum Thamud Yang Diazab Oleh Allah S.W.T Dan Kisah Nabi Salleh A. S [FOTO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
#PRNMelaka : Mas Ermieyatie akan jadikan Tanjung Bidara sebagai kawasan pembangkang