Konflik kepentingan: Hakim Vazeer undur diri, Nazlan?
Konflik kepentingan: Hakim Vazeer undur diri, Nazlan?
Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad menghormati keputusan Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera mengundur diri daripada mendengar rayuan bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim di Mahkamah Rayuan.
Menurut beliau, Vazeer ketika berada dalam perkhidmatan guaman sebelum menjadi hakim, mempunyai hubungan dengan pihak-pihak yang terlibat dalam perkara yang dalam pertimbangan Mahkamah Rayuan.
“Rayuan melibatkan Abdul Azeez, Lim Guan Eng dan projek terowong Pulau Pinang.
“Kot mana hubungan itu? Hanya Hakim Vazeer yang tahu kerana bukan pihak terlibat yang mohon beliau mengecualikan dirinya,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.
Pada masa yang sama, Shahrir membangkitkan persoalan tentang Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali kerana tidak mengambil tindakan serupa dalam kes SRC International Sdn. Bhd.
Mohd. Nazlan dikatakan pernah berkhidmat di sebuah bank yang terlibat dengan cadangan penubuhan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu.
Sewaktu memegang jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2020, beliau menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan denda RM210 juta setelah didapati bersalah dalam kes SRC International. MG
Konflik kepentingan: Hakim Vazeer undur diri, Nazlan?
Baca Artikel Menarik:
- Pengakuan PAS
- Usah ulangi ‘skrip’ tarikh PRU14
- Dr Ampikaipakan, penyelamat nyawa saya – Muhyiddin
- Runding gelap dengan Umno: ‘Wayang’ PAS selepas calon Muhyiddin jadi PM – Shabery
- Cucu Mat Kilau ambil kesempatan kejayaan filem Mat Kilau masuk gelanggang PRU15
- UMNO hari ini memang lain, bukan lagi kuku besi – Razlan
- Hadi, Takiyuddin dicabar dedah nama pemimpin UMNO runding dengan Pas
- Pramugari beri kacang kepada ‘influencer’ berisiko berdepan tindakan tatatertib
- Wanita ‘menangis tak berlagu’ anak isi air ke dalam tangki petrol
- PM caretaker Thailand selamba tidur ketika mesyuarat
- Taikun rugi RM11 juta emas lesap ketika penerbangan
- Hend Bustami hampir diperkosa polis kerana diri terlalu cantik
- Kerjasama PAS-UMNO: Muhyiddin panas punggung, mahu PAS jelaskan malam ini
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dah halau dari Rembau, jangan halau dari KKM pula – Khairy
You must be logged in to post a comment.