PRN Melaka: Pengundi bimbang kes Covid-19 meningkat semula

MEMANG ‘panas’ hati orang Melaka apabila politik negeri itu bergolak sehingga menyebabkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan untuk beri laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Kita semua sedang dalam proses untuk pulih semula daripada bahana pandemik Covid-19 yang menyaksikan 96 peratus rakyat di negara ini sudah mendapat vaksin dan jumlah kes semakin menurun.

Rata-rata melahirkan rasa bimbang kes akan meningkat semula disebabkan oleh PRN Melaka.

Cencalok memang berharap sangat supaya semua pihak main peranan penting untuk jaga prosedur operasi standard (SOP).

Kalau ikutkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kita di ambang kejayaan menangani Covid-19. Semoga apa yang beliau cakap itu jadi kenyataan.

Difahamkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan umumkan SOP untuk PRN Melaka hari ini dan kita berharap agar ia dipatuhi semua pihak.

Rauf dan Mas Ermieyati bakal berentap di Dun Tanjung Bidara

Jika dilihat sebelum penamaan calon memang sudah banyak pelanggaran SOP dibuat oleh parti-parti politik yang bakal bertanding.

Kita amat bimbang SOP ini nanti tidak dipatuhi, maklumlah semua pihak hendak menang pilihan raya jadi macam-macam cara digunakan untuk mencapai tujuan. Satu daripada langkah yang bakal diambil ialah dengan mengadakan sekatan jalan raya oleh pihak polis bagi memastikan individu yang tidak lengkap vaksin memasuki Melaka.

Cencalok amat sokong langkah yang bakal diambil ini memang tepat untuk menjaga nyawa rakyat.

Bagaimanapun, pihak berkuasa kena buat ketetapan kerana seseorang itu mempunyai hak untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi walaupun dia belum divaksin.

PRN Melaka: Pengundi bimbang kes Covid-19 meningkat semula


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Melaka: Pemimpin DAP ‘hilang’ ketika majlis pengumuman calon PH

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker