#PRNMelaka : Calon BN DUN Ayer Limau diraikan seperti menyambut menantu

Oleh Wahida

Sesuatu yang tidak akan kelihatan di mana-mana ketika penamaan calon melainkan di DUN N03 Ayer Limau.

Ini adalah kerana suasana di luar Dewan Japerun Ayer Limau seolah-olah kenduri menyambut menantu apabila seluruh keluarga mantan ADUN BN Ayer Limau Datuk Amirudin Yusof kelihatan bersama-sama keluarga calon baru Hameed Mytheen Kunju Basheer.

Jelas betapa ikhlasnya Datuk Amirudin memberi sokongan walaupun beliau tidak dicalonkan kali ini dan memberi peluang kepada calon muda. Bagi Datuk Amirudin, Barisan Nasional perlu kekalkan kemenangan sejak pilihanraya yang pertama tanahair.

Datuk Amirudin telah berjaya memperolehi majoriti sebanyak 1,479 di PRU14 lalu.

Hameed telah hadir paling awal di Dewan Japerun Ayer Limau dan diikuti dengan calon dari PN-PPBM, Dr Nordiana Abdul Latif, kemudian muncul pula Mazenah Baharuddin dari PH-Amanah.

Semua proses pencalonan selesai apabila tamat waktu bantahan pada pukul 11.00 pagi

Pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah mengumumkan hanya 3 calon yang diluluskan permohonan mereka iaitu;

Calon No. 1 : Hameed Mytheen Kunju Basheer(BN-UMNO)
Calon No. 2 : Mazenah Baharuddin(PH-Amanah)
Calon No. 3 : Dr. Nordina Abd Latif(PN-Bersatu)

Semoga pengundi N03 Ayer Limau akan ingat bahawa calon Barisan Nasional adalah No. 1

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker