#PRNMELAKA 2021 : 3 PENJURU DI TANJUNG BIDARA

Oleh Bamjekk

TANJUNG BIDARA – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara menyaksikan pertembungan hebat tiga penjuru melibatkan calon Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Pengumuman rasmi calon bertanding dibuat Ketua Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) N02 Tanjung Bidara, Mohamad Farid Othman di Pusat Penamaan Calon di Kompleks Jawatankuasa dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Tanjung Bidara di sini, pada Isnin

Tiga calon berkenaan membabitkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO merangkap Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (BN); Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mewakili Perikatan Nasional (PN) dan Setiausaha Pengelola Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Masjid Tanah, Zainal Hassan mewakili PH.



Mereka mengemukakan borang pencalonan masing-masing sebelum tempoh sejam penamaan calon tamat pada jam 10 pagi.

Zainal mengemukakan borang pencalonan pada jam 9.02 pagi, diikuti Mas Ermieyati pada jam 9.12 pagi dan terakhir Ab Rauf pada jam 9.15 pagi.

Selain itu rekod pilahan raya umum ke 14 lalu BN menang dengan majoriti 2,864.

KEDUDUKAN KEPUTUSAN PRU-14 KERUSI BAGI DUN : N.02 TANJUNG BIDARA



4,865 Undi – BN
2,001 Undi – PKR
1,501 Undi – PAS

Dimenangi Oleh:
HJ MD RAWI BIN MAHMUD
BARISAN NASIONAL
Jumlah Undi: 4,865
Majoriti : 2,864

Telah Menewaskan:
HALIM BACHIK
PARTI KEADILAN RAKYAT
Jumlah Undi: 2,001

Telah Menewaskan:
USTAZ IMRAN
PARTI ISLAM SE MALAYSIA
Jumlah Undi: 1,501



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker