BN Lancar Manifesto PRN Melaka Rabu Ini – Ab Rauf

BN Lancar Manifesto PRN Melaka Rabu Ini – Ab Rauf

Barisan Nasional (BN) akan melancarkan manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Rabu ini.

Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, antara yang akan diberikan penekanan adalah kestabilan politik negeri ini.



“Sudah pasti kita memerlukan sebuah kestabilan untuk kemakmuran rakyat dan sudah pasti kita akan memberikan beberapa cadangan untuk kita melihat kemakmuran sepanjang koridor Masjid Tanah dan Melaka ini akan memberikan satu pulangan kepada rakyat sama ada dalam bentuk sosioekonomi ataupun dalam bidang lain,” ujarnya kepada media sejurus selesai proses penamaan calon DUN Tanjung Bidara di sini hari ini.

Tambahnya yang juga calon BN Tanjung Bidara, salah satu manifesto untuk rakyat adalah menyemarakkan industri pelancongan serta meluaskan jalur lebar untuk kemudahan penduduk, pengusaha chalet dan pelancong.

“Saya akan cuba sebaik mungkin untuk memperbaiki kaedah penarikan pelancong sepanjang koridor Pengkalan Balak, Kemunting dan Tanjung Bidara yang mana terdapat 25 pengusaha chalet dan akan berusaha memasukkan pihak Telekom ke dalam kawasan ini untuk mendapat liputan internet yang terbaik pada kawasan tersebut dan seterusnya dapat menarik pelancong,”ujarnya. – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan



BN Lancar Manifesto PRN Melaka Rabu Ini – Ab Rauf

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mike Tyson bidas pemimpin Melayu UMNO, Bersatu dan PAS



Keputusan PRN Melaka jadi penentu hala tuju PAS-PN dalam PRU15



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker