#PRNMelaka : Pusat penamaan calon N13-Paya Rumput dikawal ketat

Sebaran :

Oleh Wahida

Negeri Melaka telah diwartakan untuk mengadakan pilihanraya negeri dan bermula hari ini, kempen akan diadakan dengan SOP yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negeri.

Pada hari ini, kesemua calon melalui proses utama, penamaan calon di kesemua 28 DUN Negeri. Setakat ini, seramai 112 calon berdaftar dan dibenarkan bertanding di PRN Melaka mengikut parti seperti berikut;

Namun di pusat penamaan calon di N13-Paya Rumput agak suram dan kawalannya sangat ketat oleh pihak PDRM. Hanya wartawan yang mempunyai pas SPR dibenarkan hanya berada di luar dewan penamaan calon. Yang lain-lain yang hadir berada lebih kurang 500 meter dari dewan.



Oleh itu, sememangnya tidak banyak liputan yang dapat dilakukan selain daripada ketika calon-calon tiba untuk memasuki kawasan luar dewan di tepi jalan.

Yang pertama hadir di pusat penamaan calon di Stadium Hang Jebat adalah dari parti Putra dengan beberapa kereta penyokong.

Kemudian muncul calon Pakatan Harapan (PKR), Datuk Shamsul Iskandar Mohd Akin tanpa iringan penyokong.

Calon Barisan Nasional, Datuk Rais Yasin ditemani isteri dan beberapa orang penyokongnya tetapi oleh kerana akur dengan arahan SPR, mereka hanya menunggu di luar di sekitar Stadium Hang Jebat.



Disusuli dengan calon dari PN (PPBM), Muhammad Faris Izwan Mazlan yang enggan keluar dari kereta walaupun diminta wartawan untuk hanya bergambar.

Akhir sekali yang muncul adalah calon bebas, Mejar Haji Mohd Jaini bin Dimon yang sempat berkongsi slogan kempennya, “Veteran akan berjuang untuk memperkasakan kuasa rakyat demi kesejahteraan dan kemajuan negara”.

Setelah tamat tempoh penamaan calon, SPR telah mengumumkan seperti berikut;

Calon nombor 1. – Datuk Rais Yasin (Barisan Nasional)
Calon nombor 2. – Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin (Pakatan Harapan)
Calon nombor 3. – Muhammad Faris Izwan Mazlan (Perikatan Nasional)
Calon nombor 4. – Mohamad Hashidi Mohd Zain (Putra)
Calon nombor 5. – Mohd Jaini Dimon (Bebas)




Sebaran :

Leave a Reply