Seri Paduka berdua ucap Selamat Menyambut Deepavali
Seri Paduka berdua ucap Selamat Menyambut Deepavali
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada masyarakat beragama Hindu di seluruh negara.
Ucapan Seri Paduka berdua dimuat naik menerusi hantaran di akaun Facebook Istana Negara, malam ini.
“Semoga perayaan ini membawa sinar cahaya kegembiraan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua penganut agama Hindu,” menurut hantaran itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, turut mengutuskan ucapan sama kepada Keluarga Malaysia yang beragama Hindu.
Beliau berharap perayaan ini menyemarakkan lagi semangat perpaduan di bumi tercinta ini.
“Sambutlah perayaan dengan penuh kebahagiaan dalam penerapan norma baharu.
“Ukirkan senyuman yang lebar dalam pesta cahaya dengan penerapan jalinan kasih sayang sesama kita, sebagai ahli Keluarga Malaysia yang dicintai dan disayangi di negara ini.
“Selamat Menyambut Hari Deepavali, Deepavali Valthukkal!,” katanya menerusi hantaran di media sosial. BH
Seri Paduka berdua ucap Selamat Menyambut Deepavali
Baca Artikel Menarik :
- Anzalna tidak tahu bapa jadi CEO Finas
- Sudah tiada jalan BN, PN berunding
- DAP dakwa jika letak ‘patung’ di Kota Laksamana pun boleh menang
- Debat Kabotaj, Guan Eng tak dapat lawan Ka Siong
- Jangan Percaya Ujian ‘Saliva’ Atau Antigen – Shahrulezad
- PAS tidak akan beri undi jika BN-PN bertembung di PRN Melaka
- Lelaki ditahan pukul, bunuh, tanam mayat kekasih
- Ketua Pengarah Maritim ‘kong kali kong’, kasi tukar
- Kaedah Mencari Barang Hilang Menurut Islam
- Resepi laksa goreng seafood sempoi
- Mat Sabu persoal status siasatan dakwaan bekas KPN tentang rasuah dalam politik
Layari Laman Facebook MYKMU
Kalau lihat jasad Zulfarhan, saya tak boleh nak bayangkan – Hakim