#PRNMelaka – Dosa Rafique Terlalu Besar Di Paya Rumput

Sebaran :

Oleh Wahida

Bermula dengan membuat keputusan untuk tidak menyokong Tun Mahathir 3 tahun lalu, tetapi memilih untuk bersama-sama kem Muhyiddin, YB Dun Paya Rumput iaitu Mohd Rafiq Nazamohodeen telah menempah dosa di kalangan penyokong-penyokongnya terdiri dari ahli-ahli Bersatu.

Namun, untuk membalas jasa beliau, Rafiq telah diberi kemenangan untuk mendapatkan jawatan Ketua Badan Pimpinan PPBM Melaka oleh Muhyiddin memandangkan beliau juga adalah Naib Presiden PPBM.

Ketika langkah Sheraton berlaku di mana kerajaan pusat PH tumbang, Melaka juga berjaya merubah pentadbiran negeri dari PH. Ketika ini, sokongan DUN UMNO mengatasi DUN parti PPBM. Maka lantikan Ketua Menteri telah dipersetujui dari salah satu ADUN UMNO.



Rafiq telah cuba merampas jawatan Ketua Menteri dari UMNO dengan alasan beliau telah menerima watikah dari Perdana Menteri, Muhyidddin Yassin.

Walau bagaimana pun, UMNO Melaka mengambil keputusan tegas untuk memutuskan hubungan dengan PPBM dan akhirnya Rafiq gagal merampas jawatan Ketua Menteri tersebut dari UMNO.

Tindakan UMNO Melaka untuk menafikan usaha Rafiq itu dikatakan kerana terbabit dengan siasatan SPRM ke atas dirinya yang masih diteruskan sehingga hari ini.

Bagaimana jika UMNO Melaka bersetuju dengan desakan Rafiq dan dilantik sebagai Ketua Menteri tetapi akhirnya beliau didapati bersalah, bayangkan apa komen dan persepsi serta kesannya kepada politik Melaka mahupun negara, yang pasti UMNO juga akan disabitkan oleh pihak lawan walaupun tidak terlibat dengan perkara tersebut.



Sememangnya sesuatu yang memeranjatkan apabila siasatan SPRM ini didedahkan sendiri oleh sekumpulan ahli PPBM bahagian Tangga Batu Melaka di mana ketika itu Rafiq adalah Exco Kanan Negeri Melaka dan juga Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan negeri di bawah Pakatan Harapan sekitar 2018.

Lebih memeranjatkan apabila kes ini terus disenyapkan setelah Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri ke 8.

Selepas itu, timbul pula isu pencemaran udara dan pantai disebabkan oleh pengangkutan arang di Pelabuhan Tanjung Bruas, Melaka yang juga dikatakan mengaitkan Ketua Menteri Melaka PH Adly Zahari dan Tek Kok Kiew Exco Perumahan.

Rakyat tempatan telah bersuara kerana pencemaran akibat dari pengangkutan arang di pelabuhan. Mereka menderita mengalami keadaan berhabuk hitam yang memberi kesan kepada kesihatan.



Malangnya sebagai ADUN Paya Rumput, Rafiq tidak langsung memberi sebarang perhatian kepada derita rakyat yang telah mengundinya.

Itulah Rafiq. Setelah dosa kegagalannya di Paya Rumput, kini dikatakan beliau akan lari bertanding ke DUN lain dan yang pasti untuk menyambung dosa-dosanya di Melaka.

Oleh itu, bagaimana mungkin UMNO Melaka mahu bekerjasama dengan PPBM dan calon-calon mereka yang dibenci rakyat kerana dosa-dosa yang ditinggalkan?.


Sebaran :

Leave a Reply