Fat Leonard akui hantar 2 anak ke AS

Fat Leonard akui hantar 2 anak ke AS

Warga Malaysia di sebalik skandal rasuah terburuk dihadapi tentera laut Amerika Syarikat (AS) didakwa “melarikan” dua anaknya yang juga rakyat negara ini, daripada teman wanitanya berbangsa Filipina walaupun perintah mahkamah di Singapura ada mengarahkan dua beradik itu dikembalikan kepada ibu mereka itu.

Leonard Glenn Francis yang juga dikenali sebagai Fat Leonard dilaporkan menghantar dua anaknya itu ke Kuala Lumpur bersama ibunya pada 2010 sebelum menghantar mereka ke AS untuk mengelak perintah mahkamah itu.



Malah, Francis berkata pihak berkuasa AS telah membenarkan permintaannya sekitar 2018 untuk membenarkan dua kanak-kanak rakyat Malaysia itu dan seorang lagi anaknya untuk tinggal bersamanya di negara itu, walaupun beliau menjalani perintah tahanan di rumah sementara menanti hukumannya. Kanak-kanak ketiga itu dikatakan dilahirkan seorang lagi teman wanitanya juga berbangsa Filipina.

Francis bercakap secara eksklusif kepada wartawan AS, Tom Wright dalam ‘podcast’ yang dimuat naik ke Spotify, hari ini.

Wright turut menemu bual teman wanita Francis, Morena de Jesus, yang didakwa lelaki itu adalah perempuan simpanannya. De Jesus berkata beliau telah mendapat perintah mahkamah di Filipina untuk hak penjagaan anak-anaknya itu, yang kemudian dikekalkan Mahkamah Keluarga di Singapura.

Ketika disoal Wright bagaimana pihak berkuasa membenarkan kanak-kanak itu memasuki AS, Francis berkata mereka dibawa masuk melalui saluran sah dan diketahui pihak berkuasa negara itu.



“Saya saksi utama mereka,” katanya merujuk kepada kes rasuah melibatkan pegawai kanan tentera laut AS, yang didakwa bersubahat dengannya menyeleweng berbilion-bilion dolar melibatkan kontrak pembekalan. Francis berkata, ibunya menjaga tiga anaknya itu sebelum mereka datang ke AS untuk tinggal bersamanya.

Francis didakwa memberi wang, pelacur, perbelanjaan perjalanan, bahan mewah dan tiket konsert untuk pegawai tentera laut AS itu, sebagai pertukaran untuk maklumat terkelas. Pegawai berkenaan termasuk dari Seventh Fleet yang mengawal pergerakan 60 kapal dan kapal selam, 150 pesawat udara dan 20,000 kelasi dalam kawasan operasi meliputi Hawaii ke India.

Disoal Wright, kenapa beliau telah melarikan anak-anaknya dan tidak membenarkan mereka menemui ibu mereka selama lebih 10 tahun, Francis berkata: “Tidak, saya tidak menculik anak-anak ini. Semua wanita terlibat sekadar perempuan simpanan dan anak-anak ini diberikan nama keluarga saya.”

Katanya, anaknya adalah rakyat Malaysia manakala wanita terlibat sekadar perempuan simpanan yang telah “dipecat”.



“Bila anda kaya, bila anda punya wang, semua orang mahu turut merasa untung. Anak-anak ini darah daging saya, saya seorang yang bertanggungjawab, anak bukan untuk suka-suka saja,” katanya.

Katanya wanita tetap “menghurung bagaikan lalat” sekalipun tahu beliau pernah beberapa kali berkahwin dan mempunyai ramai teman wanita malah disifatkan sebagai “playboy”.

Sementara itu, de Jesus yang telah berkahwin dan tinggal di Sydney, menyifatkan Francis sebagai “jahat dan tidak berhati perut” malah mempunyai masalah psikologi disebabkan sikap bapanya itu.

De Jesus hanya mengetahui anaknya di San Diego selepas dimaklumkan Wright, namun tidak terkejut kerana beliau tahu Francis mempunyai wang dan ramai kenalan. FMT



Fat Leonard akui hantar 2 anak ke AS


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Kalau lihat jasad Zulfarhan, saya tak boleh nak bayangkan – Hakim



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker