Cadangan jangan terima calon ‘katak’, PH pertimbangkan

Pakatan Harapan (PH) Melaka masih menggunakan formula 8-11-9, iaitu lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk DAP, sembilan untuk Parti Amanah Negara (Amanah), dan 11 untuk Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Namun, Pengerusi PH Melaka, Adly Zahary berkata, senarai calon akan dimuktamadkan oleh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tempoh terdekat.

Selain itu, beliau berkata, PH juga akan membincangkan mengenai nasib dua daripada empat bekas ADUN yang mengakibatkan kejatuhan kerajaan pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali, sama ada mereka diterima atau tidak.

“Paling penting, fokus kita di peringkat PH Nasional itu yang akan buat keputusan muktamad, dan ia bukan sahaja melibatkan dua orang (tersebut), tapi melibatkan keseluruhan 28 calon kita.

“Semua pandangan ini kita ambil kira, kita harap kita dapat gabungkan semua kemampuan kita dalam tiga parti ini, dan juga melalui calon yang kita ketengahkan, dan itu terbaik untuk rakyat Melaka,” katanya lagi.

Empat bekas ADUN yang dimaksudkan ialah Datuk Seri Idris Haron, Datuk Nor Azman Hassan, Datuk Noor Effandi Ahmad, dan Datuk Norhizam Hassan Baktee, namun tidak dilaporkan siapa dua individu yang dalam pertimbangan PH.
Mengulas mengenai surat terbuka Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang menggesa PH agar tidak menerima mana-mana individu berkenaan, Adly berkata, perkara itu turut dalam perbincangan mereka.

“Kita terbuka terima banyak pandangan daripada rakan rakan, itu memang prinsip kita untuk bersikap terbuka, biasanya kita akan berbincang semua pandangan ini, dan bagi kita hasil perbincangan ini kita cari yang terbaik.

“Dalam konteks PH, prinsip yang kita wujudkan, asas kita untuk memastikan kita dapat memacu kekuatan PH, bina kestabilan dalam PH, dan paling penting, kita mahu modul Khemah Besar itu berjaya,” katanya lagi. -Awani

Cadangan jangan terima calon ‘katak’, PH pertimbangkan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Majlis ulama Indonesia haramkan mata wang kripto

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker