SPR secara rasmi telah sahkan PRN Sarawak bakal berlangsung

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengesahkan bahawa pilihan raya negeri (PRN) Sarawak sudah hampir dan satu mesyuarat akan diadakan untuk memperincikan pelaksanaannya.

Setiausaha SPR Ikmalrudin Ishak berkata ia telah dimaklumkan secara rasmi oleh Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg mengenai penarikan darurat tempatan di Sarawak yang menangguhkan tarikh akhir DUN yang sepatutnya tamat pada Jun.

Darurat itu sepatutnya berlangsung sehingga Feb 2022 tetapi ditarik balik semalam selepas Yang Di-Pertuan Agong berunding dengan Yang di-Pertua Negeri Sarawak Abdul Taib Mahmud.

Ikmalrudin berkata, mengikut Seksyen 2(2) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Sarawak) 2021, DUN akan terbubar secara automatik apabila darurat itu ditarik balik.

Tambahnya, Seksyen 3(4) ordinan yang sama turut menyatakan PRN mesti menyusul dalam tempoh 60 hari selepas tamat darurat.

“Justeru itu, SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas bagi membincangkan mengenai pelaksanaan pilihan raya tersebut.

“Tarikh mesyuarat berkenaan akan dimaklumkan kemudian oleh pihak SPR,” katanya.

Darurat di Sarawak diperkenalkan pada Ogos untuk menghalang PRN di tengah-tengah pandemik Covid-19.

Walaupun vaksinasi peringkat kebangsaan melebihi 90 peratus, kadar kemasukan ke hospital di Sarawak masih ketara, iaitu 68 peratus.

Yang Di-Pertuan Agong juga menyatakan kebimbangan mengenai kesan PRN dan mengakui penarikan darurat itu sebagai keputsuan yang “sukar dan rumit”.

Pengkritik telah menuduh kerajaan GPS cuba menyegerakan PRN untuk menghalang sekumpulan besar pengundi baharu daripada mengundi.

Usia mengundi baharu 18 tahun, diturunkan daripada 21 tahun, akan berkuat kuasa tahun depan, bersama dengan pendaftaran pengundi automatik.

SPR secara rasmi telah sahkan PRN Sarawak bakal berlangsung


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Sarawak: Tangani isu harga tiket hingga 6 kali ganda

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker