Majlis ulama Indonesia haramkan mata wang kripto

JAKARTA – Sebuah organisasi Islam di wilayah Jawa Timur, Nahdlatul Ulama mengeluarkan fatwa melarang penggunaan mata wang kripto di Indonesia dengan mengisytiharkannya sebagai haram menurut hukum syarak, lapor laman berita Wionews kelmarin.

Pertubuhan tersebut membuat keputusan itu selepas sesi perbincangan susulan terdapat laporan yang mendakwa bahawa penggunaan wata wang tersebut adalah haram dalam Islam.

Fatwa itu turut diumumkan selepas rakyat negara itu mula menunjukkan minat yang mendalam bagi mata wang digital tersebut.



Tukaran domestik Indonesia turut menyaksikan pertumbuhan kukuh dalam mata wang kripto dengan berjuta-juta penduduknya melibatkan diri dalam dagangan tersebut.

Sebelum ini, terdapat laporan yang menyebut bahawa pemerintah Indonesia tidak melarang penggunaan mata wang kripto, namun berikrar bahawa ia tidak akan digunakan untuk kegiatan haram.

Menteri Pelaburan Indonesia, Muhammad Luthfi berkata, meskipun pemerintah tidak melarang mata wang kripto, namun undang-undang berkaitan akan diperketatkan.

Sementara itu, terdapat beberapa laporan yang menyatakan bahawa mata wang dogecoin dan ethereum dikategorikan sebagai sejenis aset di Indonesia, di mana ia boleh didagangkan namun tidak boleh digunakan sebagai kaedah pembayaran. – AGENSI



Majlis ulama Indonesia haramkan mata wang kripto


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pakej, baucar diskaun Kempen Jom Cuti-cuti Malaysia di Shopee



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker