#PRNMelaka : Masalah Banjir Di Bukit Beruang, Ketua Menteri Berjanji

Oleh Wahida

Seminggu dua ini, Melaka terutamanya mengalami fenomena hujan yang agak luar biasa. Kenaikan taburan hujan di antara 140mm ke 150mm berbanding 30mm ke 40mm pada hari biasa. Ini bermakna taburan hujan di Melaka ketika dilanda banjir kilat adalah 4 kali ganda.

Pada masa yang sama, tular video rungutan rakyat Lendu kepada Ketua Menteri dan beliau juga adalah wakil rakyat DUN Lendu.

Penduduk kawasan perumahan yang terkesan terkejut apabila didatangi Ketua Menteri Dato Sulaiman tanpa sebarang program rasmi.

Dato Sulaiman sebenarnya dengan sendiri ingin mendengar rungutan rakyat secara berdepan dan bukan lagi melalui laporan-laporan yang diberikan kepadanya.

Maka, pihak MPHTJ serta JPS digesa untuk melibatkan penduduk dalam mesyuarat berhubung isu-isu banjir tersebut.

Dato Sulaiman dimaklumkan yang mesyuarat PBT tidak melibatkan penduduk tempatan dan butiran mesyuarat juga dimaklumkan kepada mereka.

Berdasarkan kepada maklumbalas dari penduduk, punca banjir kilat yang sering berlaku adalah berpunca dari kolam berhampiran kawasan tersebut.

Sebagai Ketua Menteri yang tidak akan berkompromi dengan masalah rakyat dan terkenal tidak akan melengahkan tindakan-tindakannya, beliau telah mengumumkan kerja-kerja awal projek tebatan banjir dilaksanakan selewat-lewatnya pada 3 November lalu.

Beban rakyat dikurangkan segera apabila Dato Sulaiman mengumumkan pemberian rebat bagi 21,000 akaun di bawah Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) di seluruh negeri, yang terjejas akibat banjir.

Tidak cukup dengan semua itu, Dato Sulaiman bersedia menaikkan bantuan one-off bencana bagi mangsa-mangsa banjir.

Walaubagaimanapun, penduduk di kawasan perumahan berkenaan rela menerima perancangan kerajaan sekiranya diarahkan berpindah dan diberi kawasan baharu yang setara dengan kerugian yang telah dialamai mereka.

Begitulah beruntungnya sesebuah negeri jika berketuakan seorang pemimpin yang sentiasa mendahulukan kepentingan rakyatnya. Hari ini mengadu, hari ini juga diambil tindakan.

Begitu jugalah jika pemimpin itu datangnya dari parti politik yang terkenal dengan ‘track record’nya membantu rakyat dan bukan sekadar menabur janji tetapi memberi seribu alasan dan terus hilang ketika rakyat menuntut janji.

 

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker