Pendapat Zahid perlu berehat sekadar cuit-cuit politik – Takiyuddin
Pendapat Zahid perlu berehat sekadar cuit-cuit politik – Takiyuddin
Kenyataan Ketua Penerangan Pemuda PAS yang menggesa Ahmad Zahid Hamidi untuk berehat sementara menjalani kes mahkamah merupakan pendapat peribadinya dan tidak menggambarkan pendirian sebenar parti.
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata kenyataan dibuat Nazir Helmi itu bukan menyerang Umno sebaliknya sekadar “cuit-cuit politik”.
“Kalau tak mahu dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai. Kenyataan itu sebenarnya tak lambangkan pendirian parti, itu individu.
“Mungkin ada soalan-soalan tertentu ditanya kepada dia dan itu respon dia,” katanya dalam sidang media.
Sebelum itu, Takiyuddin diminta mengulas kenyataan Nazir yang menggesa presiden Umno itu untuk mencontohi sikap PAS yang memberi keyakinan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk terus mengemudi negara.
Nazir turut mencadangkan supaya Zahid memberi fokus kepada kes mahkamah dihadapinya, selain membuat pertimbangan agar untuk berehat seketika bagi memberi respon gesaannya supaya pilihan raya umum ke-15 (PRU15) disegerakan.
Dalam pada itu, Takiyuddin turut menyatakan bahawa PAS kekal dengan pendirian PRU15 tidak wajar diadakan dalam masa terdekat.
Jelas beliau, kerajaan yang terbentuk ketika ini mempunyai tanggungjawab untuk memulihkan ekonomi dan kesihatan selepas pasca Covid-19.
“Tak ada sebab perlunya PRU tergesa-gesa, bukan isu takut kalah, lawan tetap lawan. Kalah menang itu permainan sebab dalam PRU tak ada seri. Main bola ada seri,” katanya.
Takiyuddin berkata, dalam Perlembagaan yang boleh membubarkan Parlimen adalah Yang di-Pertuan Agong berdasarkan Artikel 54.
Bagaimanapun beliau berkata, bagi melaksanakan fungsi Perlembagaan Agong mestilah mengikut nasihat Jemaah Menteri dan bukannya daripada mana-mana individu mahupun perdana menteri berdasarkan Artikel 40. FMT
Pendapat Zahid perlu berehat sekadar cuit-cuit politik – Takiyuddin
Baca Artikel Menarik:
- Puad bidas Annuar Musa
- Jurujual Lebam Gara-Gara Ular Tedung Selar
- PRU15 boleh diadakan selepas bajet wow – Tok Mat
- Paul Pogba sertai syarikat fintech Islam, Wahed sebagai duta jenama
- Disyaki rogol jiran OKU, pemandu lori ditahan
- Digantung MCA kerana berkempen dengan Mahathir, taikun akan bertemu Wee
- Sultan Johor Terima Kunjungan Penyanyi Rock Tersohor Amy, Kumpulan SEARCH
- Kelibat berdiri bukan hantu tapi Bella – saksi
- Gajah ‘berdendam’ pijak, lempar mayat wanita
- Lakonan Dolla Makan Maggi Pedas Giler Dipuji Netizen (Video)
- Penternak Thailand Beri Ayam Makan Ganja Untuk Hasilkan Daging Yang Lebih Empuk
- Hina Nabi Muhammad, kumpulan penggodam Malaysia serang laman web kerajaan India
- Haneesya dituduh sumbang mahram gara-gara workout dengan adik
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
#MeleTOP: 24 jam selepas Viral..ini keadaan terkini Restoran 35..memang tak sangka
You must be logged in to post a comment.