Petronas bayar dividen RM40 bilion kepada kerajaan

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) membayar dividen berjumlah RM40 bilion kepada kerajaan pada 2023 selain menyumbang sebanyak RM2 bilion untuk dana Kumpulan Wang Amanah Negara.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata syarikat minyak dan gas negara itu telah membuat pembayaran dividen sebanyak RM50 bilion pada 2022.

“Selepas menilai secara teliti kemampuan kumpulan untuk terus membiayai usaha membayar hutang dan memenuhi obligasinya selain melabur bagi tujuan pertumbuhan, Petronas pada tahun lepas telah membuat pembayaran dividen sebanyak RM40 bilion kepada kerajaan,” katanya pada sesi pengumuman prestasi kewangan kumpulan itu bagi 2023.



Pada masa sama, Petronas turut menunaikan komitmennya memberi sumbangan RM2 bilion kepada Kumpulan Wang Amanah Nasional pada 2023.

Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Liza Mustapha berkata Petronas akan membuat bayaran dividen berjumlah RM32 bilion kepada kerajaan pada 2024.

“Lembaga Pengarah telah meluluskan bayaran dividen berjumlah RM32 bilion yang akan dibayar pada tempoh antara April dan Disember. Ini baru diluluskan semalam,” katanya.

Petronas mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM80.7 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2023 (tahun kewangan 2023) berbanding RM101.6 bilion dalam tahun sebelumnya, sebahagian besarnya berikutan purata harga direalisasi yang lebih rendah.



Perolehan hasilnya pada tahun kewangan 2023 susut kepada RM343.6 bilion daripada RM372.3 bilion, sebelum ini.

Bagi suku keempat, keuntungan syarikat minyak dan gas negara itu berkurangan kepada RM16.6 bilion daripada RM24.4 bilion manakala perolehan hasil susut kepada RM91.7 bilion daripada RM104.2 bilion.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kasihan Bella, saat ‘birthday’ dapat hadiah macam ini

Ruhainies nak ‘cover’ ke, siap kongsi 4 golongan haram disentuh api neraka



Zaman saya artis macam ini diboikot 4 tahun – A Aida

Bapa ‘pening’ hantar anak ke sekolah lain



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker