Kontrak 4 tahun tak cukup ikuti kursus kepakaran – MMA

Kontrak 4 tahun tak cukup ikuti kursus kepakaran – MMA

Tempoh maksimum empat tahun lanjutan doktor kontrak tidak mencukupi untuk mereka mengikuti kursus kepakaran, kata Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Presiden MMA Dr Koh Kar Chai, berkata pihaknya mengemukakan permohonan kepada kerajaan agar tempoh perkhidmatan kontrak petugas barisan hadapan itu dilanjutkan kepada antara tujuh hingga 10 tahun.

Sehubungan itu, katanya, MMA akan terus mengadakan siri rundingan bersama kerajaan bagi merungkai isu pegawai perkhidmatan kontrak, sejak skim berkenaan diwujudkan pada 2016.

“Lanjutan tempoh kontrak selama dua hingga empat tahun adalah tidak mencukupi. Pada asalnya, kami minta lanjutan perkhidmatan kontrak antara tujuh hingga 10 tahun.

“Justeru, MMA akan berunding dengan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk meneliti bagaimana lanjutan lebih boleh diberi kepada pegawai perubatan yang ingin memasuki kursus kepakaran,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Semalam, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz, mengumumkan dalam Bajet 2022 lanjutan perkhidmatan kontrak bagi pegawai perubatan, pergigian dan farmasi untuk tempoh maksimum empat tahun, berbanding dua tahun sebelum ini.

Dalam perkembangan lain, Kar Chai menyambut baik penyediaan dana RM100 juta untuk membiayai pengajian pegawai perkhidmatan kontrak ke peringkat doktor pakar, malah peruntukan itu melebihi kadar yang ditawarkan sebelum ini.

“Kami belum dapat maklumat penuh bagaimana RM100 juta ini akan digunakan dan bagaimana pecahan 3,000 antara pegawai perubatan dan pergigian akan dibuat.

“Tetapi, pembiayaan 3,000 pegawai untuk melanjutkan pengajian ke peringkat doktor pakar adalah lebih daripada yang ditawar sebelum ini.

“Sememangnya semua butiran pembiayaan ini mesti dijelaskan, maka MMA akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Menteri Kesihatan (Khairy Jamaluddin) dan KKM,” katanya. FMT

Kontrak 4 tahun tak cukup ikuti kursus kepakaran – MMA


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Bergadai Nyawa Selamatkan 2 Beranak Terperangkap Dalam Insiden Kepala Air [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker