BN mahu lantik 5 Adun jika menang PRN Melaka

Sebaran :

BN mahu lantik 5 Adun jika menang PRN Melaka

BN berjanji untuk meminda perlembagaan negeri Melaka bagi membolehkan pemilihan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dibuat secara lantikan jika parti itu menang dua pertiga dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, berkata rakyat Melaka yakin bahawa hanya BN boleh mengembalikan kestabilan politik di negeri itu dan juga negara.

“Dengan persetujuan BN Melaka, juga dengan BN pusat, kalau kita memperolehi lebih dua pertiga kerusi insya-Allah kita akan pinda perlembagaan negeri Melaka dengan menyarankan agar lima Adun dilantik untuk melantik rakan-rakan kita,” katanya ketika berucap bagi melancarkan Jentera Pilihan Raya BN bagi PRN Melaka di PWTC, malam ini.



Pelantikan Adun tanpa pilihan raya bukanlah perkara baru di Malaysia kerana dua negeri sudah melaksanakannya sebelum ini iaitu Sabah dan Terengganu.

Pada 18 Okt lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRN Melaka pada 8 Nov manakala tarikh mengundi pula pada 20 Nov depan.

PRN Melaka diadakan selepas empat Adun diketuai Adung Sungai Undang, Idris Haron menarik sokongan terhadap kerajaan negeri Melaka pimpinan Sulaiman Md Ali.

‘Tak kutuk seteru politik’



Dalam ucapannya, Ahmad Zahid sekali lagi menegaskan bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan Bersatu dalam PRN Melaka.

Namun, dia mengingatkan jentera BN supaya tidak menyerang “seterunya” ketika berkempen sebalik hanya menceritakan tentang tawaran dan kelebihan BN.

“Kita tidak akan pernah bekerjasama dengan PPBM (Bersatu) dalam PRN Melaka. Ini bukan suara presiden, ini suara akar umbi.

“Kita tak perlu kutuk seteru kita…kita cerita yang baik tentang kita.



“Cerita yang baik-baik kerana mereka bukan musuh kita, mereka seteru politik kita,” katanya lagi.

Ahmad Zahid berkata BN juga tidak akan mengetepikan rakan komponennya dan memberi jaminan ada kerusi untuk MCA dan MIC dalam pilihan raya itu.

Selain itu dia juga meminta parti komponen BN supaya bergerak sebagai satu pasukan. Mk

BN mahu lantik 5 Adun jika menang PRN Melaka


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Timbalan Menteri tersipu malu bila ditanya hendak bernikah ke?


Sebaran :

Leave a Reply