Hua Zong cuba putar sejarah pembinaan negara ke belakang

Sebaran :

Gesaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berasaskan kaum Cina, Hua Zong berhubung isu sekolah vernakular sangat tidak wajar dan seolah-olah cuba mengambil kesempatan dengan ‘kelonggaran’ yang ada.

Terdahulu, Hua Zong meminta kerajaan mengadakan perbincangan yang mendalam mengenai kedudukan sekolah vernakular di bawah Perlembagaan Persekutuan serta meminda atau memperkuat peruntukan yang relevan jika perlu.

Presiden Hua Zong, Tan Sri Goh Tian Chuan yang menggesa perkara itu berkata, ia bagi mengelakkan kedudukan Sekolah Jenis Kebangsaa Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) di bawah Perlembagaan terus dicabar.

Mengulas perkara itu, Penasihat Persatuan Linguistik Malaysia, Prof Datuk Seri Dr Awang Sariyan berkata, permintaan untuk meminda Perlembagaan adalah sesuatu yang melebihi tahap kewajaran dan tindakan mengundur ke belakang.



Hua Zong seolah-olah meminta sejarah pembinaan negara diputar ke belakang mengikut kepentingan kaum, bukan kepentingan seluruh rakyat, katanya.

“Walhal, sekolah vernakular itu sendiri sudah bertentangan dengan semangat pembinaan negara.

“Salah satu asas yang jelas ialah pemerkasaan sekolah kebangsaan sebagai acuan jati diri, perpaduan dan kebersamaan seluruh warganegara dalam sistem dan persekitaran pendidikan yang sama.

“Asas itu telah diletakkan oleh Penyata Razak, 1956 dan Penyata Rahman Talib 1960 yang kemudian dimaktubkan dalam Akta Pendidikan 1961 dan diperteguh dalam Akta Pendidikan 1996,”



Prof Awang menjelaskan, kewujudan sekolah vernakular terus menjadi masalah dalam pemerkasaan sistem pendidikan kebangsaan – dan sepatutnya diselesaikan oleh kerajaan.

Maka permintaan Presiden Hua Zong sama sekali tidak memperlihatkan kebersamaan dalam cita-cita dan usaha kerajaan untuk membentuk negara yang berteraskan semangat kebangsaan.

Hua Zong cuba putar sejarah pembinaan negara ke belakang


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Belajar Dari Pengalaman Lee Kwan Yew Hapus ‘Sekolah Vernakular’


Sebaran :

Leave a Reply