Mengenang Mamat Khalid: Astro Tayang 19 Karya Mamat Khalid Bermula Hari Ini

Mengenang Mamat Khalid: Astro Tayang 19 Karya Mamat Khalid Bermula Hari Ini

Sebagai mengenang pemergian sutradara terkenal, Mamat Khalid, Astro akan menayangkan 19 karya-karya Allahyarham di saluran Astro On Demand.

Antara filem dan drama bersiri yang dirangkumkan dalam rel ‘Mamat Khalid Dalam Kenangan’ itu termasuk ‘Hantu Kak Limah’, ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’, ‘Episod 10 Journey To Stardom’, ‘Klik Rider’ dan ‘Yang Dulu Bersama Mamat Khalid’.

“Selain itu, rel tribut tersebut turut merangkumi Kampong Pisang Bersiri Siri; Manap Karaoke; Husin, Mon dan Jin Pakai Toncet; Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya; Rock Oo!: Rimba Bara Kembali dan Rock, Rock Bro!.

“Filem komedi 17 Puasa, 16 Puasa, Amir dan Lokman Pergi Ke Laut, Kampong Pisang Kita Setandan, Man Laksa, Kala Malam Bulan Mengambang dan Semerah Darah turut akan ditayangkan,” menurut kenyataan Astro pada Ahad.

Tayangan ini akan bermula pada hari ini sehingga 31 Oktober 2021 dan ianya tertakluk kepada pakej langganan pelanggan, jelasnya lebih lanjut.

Pengarah filem terkenal, Mamat Khalid meninggal dunia akibat serangan jantung malam tadi.

Allahyarham sinonim dengan filem komedi satira dan sering menyelitkan isu masyarakat serta kritikan sosial.

Berita pemergian Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid, dikongsikan oleh penyair Pyanhabib di Facebooknya.

Allahyarham meninggalkan isteri, Hasmah Hassan bersama lima orang anak iaitu tiga lelaki, Mohd Khalid Amen, Mohd Khalid Adam, Mohd Khalid Zaffa dan dua perempuan iaitu Sara dan Nurhassanah.-Awani

Mengenang Mamat Khalid: Astro Tayang 19 Karya Mamat Khalid Bermula Hari Ini


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Dunia Seni Kehilangan Sebutir Bintang – PM Ismail Sabri

PRN Melaka: Mesyuarat Cawangan UMNO Klebang Kecil Kecoh, Idris Harun Muncul Beri Ucapan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker