Warga emas hilang lebih 57 jam ditemui meninggal dunia
Warga emas hilang lebih 57 jam ditemui meninggal dunia
KAMPAR: Kehilangan seorang lelaki warga emas berusia 86 tahun di kawasan ladang kelapa sawit di Ayer papan, Tanjung Tualang dekat sini sejak kelmarin terjawab, apabila dia ditemui meninggal dunia hari ini.
Mayat mangsa, Md. Isa Panjang Abdullah dijumpai pekerja ladang pada pukul 7 petang, kira-kira 10 kilometer dari rumahnya di Kampung Ayer Papan.
Mangsa dijumpai selepas lebih 57 jam dilaporkan hilang sejak kelmarin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah, Mohd. Norshah Shahri berkata, mangsa dijumpai dalam keadaan terbaring dan lengkap berpakaian dalam ladang sawit berkenaan.
“Anggota mengalami kesukaran untuk tiba di lokasi penemuan yang hanya boleh dilalui motosikal.
“Mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Menurut Mohd. Norshah, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan selepas menerima laporan kehilangan mangsa pada pukul 11.30 pagi, semalam.
Katanya, operasi yang dibantu Unit K9 itu dijalankan dalam radius enam kilometer bermula dari rumah mangsa di Kampung Air Papan ke kawasan ladang kelapa sawit.
“Operasi yang masuk hari kedua hari ini disertai 48 orang terdiri daripada anggota bomba, polis, Rela, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Tanjung Tualang dan penduduk kampung,” katanya.
Md. Isa dilaporkan keluar bersendirian dengan berjalan kaki kira-kira pukul 9 pagi kelmarin dan tidak pulang ke rumah sehingga hari ini.
Difahamkan, anak lelaki mangsa ada menjumpai sebelah selipar bapanya di kawasan kebun sawit berhampiran sebelum membuat laporan polis untuk bantuan. Utusan
Warga emas hilang lebih 57 jam ditemui meninggal dunia
Baca Artikel Menarik :
- Bersatu Arau sudah mati, Ketua Bahagian letak jawatan, keluar parti
- Ada jurulatih suka melawak lucah, 7 tahun kemudian terlibat kes rogol – Pandelela
- Rumah ustaz pula jadi sasaran toyol
- Apa kaitan Emma Maembong dengan Addy Kana?
- Adegan rogol Raja Farah, netizen simpati kepadanya
- Najib, anak dibenar tangguh pembayaran tunggakan cukai
- Gangguan seksual pegawai JAIS, Sajat perlu buktikan
- SAl-Quran dibakar, polis siasat kejadian
- DAP beri amaran pada Norhizam, ‘Pengkalan Batu tetap milik kami’
- Cerita sampah Vida, Iqbal, mereka yang untung, kita dapat apa?
- Ibu gajah pijak mati buaya hendap anak
Layari Laman Facebook MYKMU