Saya dalam ‘injury time’, bukan takut Undi18 – Abang Johari

Saya dalam ‘injury time’, bukan takut Undi18 – Abang Johari

Gabungan Parti Sarawak (GPS) menafikan parti itu mahu melaksanakan pilihan raya negeri ke-12 (PRN12) Sarawak, tidak lama lagi, kerana gusar berkenaan pelaksanaan Undi18, kata Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg.

Beliau yang juga Pengerusi GPS, berkata dakwaan itu tidak tepat kerana Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sudah meminda Undang-Undang Tubuh Negeri, bagi membenarkan pengundi berusia 18 tahun, melaksanakan tanggungjawab mereka.

“Saya kini berada dalam keadaan serba salah. Saya sebenarnya dalam ‘injury time’ (masa kecederaan), jika tak buat (pilihan raya), orang mengata apahal masih mahu jadi Ketua Menteri? Tak ada kuasa lagi, mandat tidak ada.

“Kalau kita minta mandat daripada rakyat supaya memilih lagi kerajaan yang ada mandat, konon kita takut Undi18… kedudukan sangat jelas, demokrasi berfungsi,” katanya di Kuching.

Abang Johari berkata, GPS menghormati Undi18 dan sudah melakukan pindaan bagi tujuan itu di Sarawak.

“(Yang melakukannya) kerajaan GPS. Saya tahu ada tiga negeri belum berani buat (lulus Undi18), jadi ini demokrasi,” katanya.

Katanya, beliau menganggap kedudukannya sebagai Ketua Menteri “sudah tamat tempoh”.

“Tunggu ‘sepakan penalti’ lagi,” katanya.

Mengulas spekulasi PRN12 Sarawak akan diadakan sejurus PRN Melaka, Abang Johari, berkata keputusan menjalankan pilihan raya adalah bidang tugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Terpulang kepada SPR, kita tidak dapat menentukannya, itu SPR. Kita (Sarawak) ketika ini berada dalam darurat, kalau darurat ditarik balik, boleh kita buat keputusan,” katanya.

Pada 21 September lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dalam kenyatannya, berkata SPR dalam persiapan melaksanakan pindaan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan, iaitu berhubung umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik seperti diluluskan Parlimen, pada Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Parlimen Ke-14.

“Keputusan semakan kehakiman isu Undi18 di Mahkamah Tinggi Kuching telah memerintahkan supaya umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik dilaksanakan selewat-lewatnya pada 31 Disember 2021”, katanya. FMT

Saya dalam ‘injury time’, bukan takut Undi18 – Abang Johari


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tujuan PPBM ditubuhkan hanya untuk bunuh UMNO – Tok Mat

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker