Kadar vaksinasi remaja MALAYSIA antara terpantas di dunia [VIDEO]

PETALING JAYA: Kadar vaksinasi dalam kalangan remaja di negara ini adalah antara paling pantas di dunia, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Dalam catatan di Twitter, beliau berkata, dalam tempoh kurang dua bulan, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja berjaya memberi sekurang-kurangnya satu dos vaksin Pfizer kepada 80% populasi berumur antara 12 hingga 17 tahun.

“Dalam tempoh kurang dua bulan, kita mampu memberikan 80% daripada populasi remaja 12 hingga 17 tahun sekurang-kurangnya dos pertama vaksin Pfizer.



“Antara kadar vaksinasi Covid-19 remaja terpantas di dunia,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Timbalan Menteri Kesihatan 1, Dr Noor Azmi Ghazali selaku Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Imunisasi Covid-19 Remaja (CITF-A) dan Timbalan Menteri Pendidikan I, Mah Hang Soon yang dipertanggungjawab untuk mengendalikan pemberian vaksin bagi kumpulan berkenaan.

Khairy turut berkongsi maklumat bahawa Jawatankuasa Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) mengadakan pertemuan terakhir pada hari ini selepas negara mencapai 95% kadar vaksinasi dewasa.



“Dengan kadar vaksinasi penuh hampir 95%, CITF mengadakan mesyuarat terakhirnya hari ini. Terima kasih kepada semua di CIF yang menjayakan PICK,” katanya.

Beliau berkata, baki vaksin akan diletakkan di bawah program vaksin remaja, CITF-A dan program vaksinasi penggalak, CITF-B.

“CITF-A dipengerusikan oleh Dr Noor Azmi manakala program vaksinasi dos penggalak oleh saya,” katanya.

Kadar vaksinasi remaja MALAYSIA antara terpantas di dunia [VIDEO]


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Lepas makan, pakai balik pelitup muka – KJ



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker