Agenda jahat tauke bot, jeti
Agenda jahat tauke bot, jeti
Klang: Seorang pemilik bot dan jeti warga tempatan dipercayai menjadi dalang sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (Pati) yang aktif keluar dan masuk Malaysia sejak tiga bulan lalu.
Lelaki berusia 50 tahun itu berjaya mengaburi mata pihak berkuasa dengan menjadikan jeti nelayan di Sungai Besar, dekat Sabak Bernam, sebagai tempat pendaratan Pati yang dibawa dari Tanjung Balai, Indonesia.
Bersubahat dengan tekong, dia mengenakan harga mahal iaitu RM1,200 hingga RM3,000 kepada mana-mana individu yang ingin masuk ke negara ini melalui laluan haram.
Bagaimanapun, kegiatan sindiket berjaya ditumpaskan Bahagian Antipemerdagangan Manusia dan Penyeludupan Migran (D3) Bukit Aman dalam serbuan di Sungai Besar di sini, pada Sabtu.
Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, dalam serbuan pada jam 1 pagi itu, pihaknya menahan pemilik jeti dan bot itu.
“Individu ini berperanan untuk membawa masuk dan keluar migran melalui jeti miliknya.
“Polis turut menahan tekong warga Indonesia berusia 22 tahun yang menguruskan Pati untuk masuk dan keluar ke negara ini,” katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, seramai 34 Pati warga Indonesia turut ditahan.
Mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah serta dipercayai baru masuk ke negara ini menggunakan khidmat tekong terbabit.
“Hasil soal siasat awal terhadap migran, bayaran dikenakan untuk masuk ke Malaysia adalah 4 juta rupiah (RM1,200) hingga 10 juta rupiah (RM3,000) yang dibayar kepada ejen di Indonesia.
“Siasatan juga mendedahkan tekong dan ejen ini aktif menguruskan migran keluar dan masuk Malaysia sejak tiga bulan yang lalu,” katanya.
Katanya, semua migran serta rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sabak Bernam untuk tindakan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007,” katanya. HM
Agenda jahat tauke bot, jeti
Baca Artikel Menarik :
- Dia nak mengurat siapa, itu hak dia, saya tidak lagi berstatus isterinya – Nadia Brian
- Kura-kura terhempas kerana pujian – Shabery
- Fitnah PM: SetPol buat laporan polis
- Tomok terima royalti RM19.06 untuk 7 tahun
- PN dicabar letak Muhyiddin sebagai ‘poster boy’ di Johor
- Isu saham Azam Baki, pemberi maklumat dipanggil ke Bukit Aman
- PH ubah peraturan hutang, Najib tegur Pua ‘beremosi’
- Digelar itik patah kaki? PAS boleh ‘pergi lebih jauh’ – Azan
- Bagaimana TMJ boleh tahu cerita dalam kelambu?
- Sekolah Cina tolak 1,208 guru BM KPM, diganti calon ‘walk in’?
- Ini sebab mengapa Anwar elak menggunakan logo PH dalam PRN Johor
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah
Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?
You must be logged in to post a comment.