Saya kurus sebab kencing manis, sakit buah pinggang – Khalid

Saya kurus sebab kencing manis, sakit buah pinggang – Khalid

Walaupun kelihatan kurus setelah gambar terbarunya dimuatnaik dalam Facebook, bekas Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim mengakui beliau masih sihat dan kini sedang menjalani rawatan hemodialisis.

Khalid menyambut hari lahirnya yang ke-75 pada 14 Dis lalu sebelum memuatnaik gambar terkini beliau dalam Facebooknya hingga membuatkan orang ramai terkejut melihat keadaannya yang semakin kurus.



Namun, bekas Ahli Parlimen Bandar Tun Razak serta Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang dan Ijok memberitahu, beliau kini menjalani rawatan hemodialisis selepas dikesan menghidap sakit buah pinggang, lebih dua tahun lalu.

“Alhamdulillah, keadaan saya OK. Tetapi saya masih menjalani rawatan hemodialisis. Saya kurus kerana menghidap diabetes dan sakit buah pinggang.

“Saya sudah hampir dua tahun menjalani rawatan hemodialisis selepas dikesan menghidap penyakit buah pinggang. Sebelum itu disahkan penyakit diabetes, kira-kira beberapa tahun lalu,” katanya dalam temu bual bersama Sinar Harian, hari ini.

Rabu lalu, Khalid memuatnaik gambar serta status selepas meraikan hari lahir.



Dalam tulisannya itu, beliau berkata: “Syukur Alhamdulillah, saya telah diberi kesempatan menyambut hari lahir di rumah semalam bersama Salbiah (Tunut), Iqbal, Aida serta Arif.

“Terima kasih di atas ucapan selamat dari semua teman melalui whatsapp dan media sosial. Mohon maaf kerana tidak dapat menjawab setiap satu. Maka di sini saya mengambil kesempatan untuk turut berdoa agar kita semua di dalam rahmat Allah SWT serta diberikan umur yang panjang dan bermanfaat dengan kesihatan yang baik. Amin,” tulis beliau. FMT

Saya kurus sebab kencing manis, sakit buah pinggang – Khalid


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kolam tahi pun cantik di Kedah (Video)

‘Bonggol maut menuju ke alam barzakh’ [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker