Anak tikam ibu guna keris

Anak tikam ibu guna keris

ARAU: Akibat perselisihan faham, seorang wanita warga emas berusia 60 tahun cedera di rusuk kiri selepas ditikam oleh anak lelakinya dengan sebilah keris yang dijadikan hiasan, pagi tadi.

Kejadian berkenaan berlaku di sebuah rumah di Jalan Teja 5, Rancangan Perumahan Awam (RPA), di sini.

Ketua Polis Daerah Arau Ahmad Mohsin, berkata pihaknya menerima laporan mengenai insiden itu pada 10.45 pagi, sebelum bergegas ke lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.

“Sebaik tiba di lokasi, suspek masih berada di kawasan rumah dan tiada pergelutan berlaku di antara pihak polis dan suspek, manakala keris tersebut dijumpai di luar rumah.

“Suspek yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau telah menikam mangsa menggunakan keris sepanjang 30 sentimeter di luar rumah tersebut,” katanya.

Beliau berkata, suspek, 31, yang juga anak keempat daripada lima beradik, telah menikam ibunya dengan sekali tikaman dan mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar bagi mendapatkan rawatan.

Ahmad berkata, pihak HTF telah memaklumkan bahawa keadaan mangsa stabil dan tidak mengalami kecederaan serius.

“Suspek yang kini dalam tahanan akan direman esok pagi bagi siasatan kes mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya. FMT

Anak tikam ibu guna keris


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kolam tahi pun cantik di Kedah (Video)

‘Bonggol maut menuju ke alam barzakh’ [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker