MUDA rebut 15 kerusi Parlimen milik BN dan PN

PETALING JAYA: Sebanyak 15 kerusi Parlimen yang disasarkan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) melibatkan kawasan kerusi dimiliki parti-parti kerajaan iaitu Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Penerangan Muda, Luqman Long berkata, sasaran tersebut sekali gus mengelakkan pertindihan dalam kalangan parti komponen Pakatan Harapan (PH) selepas Muda memilih untuk menyertai gabungan itu.

“Dengan langkah tersebut diharap supaya undi akan memihak kepada pembangkang apabila Muda bertanding di kawasan milik kerajaan. Kami juga melihat gabungan ini dari sudut paling cekap, cermat dan bersama-sama bergerak ke hadapan. Oleh kerana semua parti mahu bertanding, jadi kena fikir satu jalan yang bersifat menang-menang.



“Lagipun, PH juga berkongsi nilai perjuangan sama dengan Muda, seperti mengetengahkan orang muda. Namun, penyertaan ini baru dimulakan dan belum ada perbincangan rasmi dengan PH,” katanya ketika dihubungi semalam.

Luqman mengulas demikian ditanya kewajaran parti pimpinan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu menyertai PH yang hanya mendorong Muda ‘tidak lagi bebas’ membuat keputusan apabila terikat dalam sesuatu gabungan.

Kebebasan yang disebut itu merujuk kepada pemilihan kerusi-kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan serta strategi parti yang digunakan pada PRU15.

Syed Saddiq dalam sidang akhbar di ibu negara kelmarin memaklumkan hasrat parti itu menyertai PH menghadapi PRU15 selain terbuka untuk mengadakan perbincangan secara rasmi dengan Majlis Presiden PH.



Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil ketika dihubungi berkata, Majlis PH belum membuat sebarang keputusan atau menerima permohonan penyertaan rasmi Muda ke dalam gabungan itu.

Namun, perkara itu perlu dibincang dalam Majlis Presiden PH.

Mengulas lanjut, ditanya jika parti-parti komponen PH juga meletakkan calon di ‘15 kerusi kerajaan’ itu, Luqman berkata, disebabkan itulah rundingan perlu dilakukan secara konsensus apabila menjadi sebahagian daripada PH.

Bagaimanapun katanya, belum ada sebarang keputusan mengenai jumlah kerusi yang akan dipertandingkan.



“Pertembungan tidak akan berlaku kalau kita duduk semeja. Yang saya bimbang jika parti pembangkang tidak berkomunikasi dan duduk berbincang bersama sebagai satu gabungan,” katanya.

Selain itu, Luqman menolak dakwaan bahawa hasrat Muda menyertai PH kerana tidak mempunyai jentera yang kuat dan hanya memanfaatkan pengaruh serta kekuatan dimiliki PH.

“Itu bukanlah tujuannya, Muda pun ada taktik sendiri pada pilihan raya, ada senarai calon malah kami aktif di beberapa negeri di Johor, Perak, Sabah, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Kami aktif dan boleh bertanding,” katanya

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Lizzy bikin panas lagi



Dah halau dari Rembau, jangan halau dari KKM pula – Khairy

Pasangan kekasih ditemui mati dalam Perodua Kancil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker