#KeluargaMalaysia: PM Beri Bayangan Lebih Banyak Kelonggaran Aktiviti Sukan, Riadah [VIDEO]
#KeluargaMalaysia: PM Beri Bayangan Lebih Banyak Kelonggaran Aktiviti Sukan, Riadah
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi bayangan lebih banyak aktiviti sukan dan riadah akan dibuka selepas kelonggaran pertama yang diberikan bermula 9 September lepas.
Menurutnya, sejak kelonggaran tersebut, aktiviti sukan semakin rancak malah lebih 1.4 juta peserta telah melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sukan termasuklah sukan bermotor dan sukan ekstrem.
Berucap pada Majlis Pelancaran Hari Sukan Negara (HSN) 2021 di Putrajaya, beliau berharap Keluarga Malaysia menjadikan sukan dalam norma baharu sebagai amalan harian untuk kekal sihat, aktif dan cergas.
Saya dah ready ni nak bersukan, anda semua? pic.twitter.com/fGJxnA7eeL
— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) October 9, 2021
“Sebab itu, sepanjang tempoh bersukan dan beriadah, teruslah mematuhi SOP yang ditetapkan, demi nyawa dan kesihatan seluruh Keluarga Malaysia,” katanya dalam ucapan tersebut
Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Timbalannya, Datuk Seri Ti Lian Ker.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang menggubal Pelan Tindakan Industri Sukan Negara.
Menurutnya, pelan yang bersifat komprehensif dan kompetitif itu bertujuan menjadikan sukan sebagai sumber baharu dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara, seiring perkembangan di peringkat global.
“Pelan ini amat wajar dibentuk setelah mengambil kira analisis berasaskan data ekonomi dunia yang menunjukkan nilai pasaran global sukan mencecah hampir AS$388.3 bilion pada tahun 2020 dan dijangka
terus positif berkembang dan mencecah AS$599 bilion pada tahun 2025.
“Data yang diperolehi daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada tahun 2020 pula menunjukkan seramai 32.7 juta rakyat Malaysia telah membelanjakan RM430 juta bagi tujuan sukan dan riadah,” ujarnya.
Tambah beliau, pelan tersebut merupakan sebahagian daripada hala tuju perancangan dan pembangunan sukan yang sedang dibentuk KBS melalui Visi Sukan Negara 2030.-Awani
#KeluargaMalaysia: PM Beri Bayangan Lebih Banyak Kelonggaran Aktiviti Sukan, Riadah
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik :
- Adun Sindumin mulanya menafikan tetapi sah meninggalkan Warisan
- Norhizam tidak puas hati diarah serah kenderaan rasmi, dihalang guna pusat khidmat
- Polis sahkan terima laporan ‘abang e-hailing’ tunjuk kemaluan
- PRN Melaka: Nyawa rakyat dipertaruh demi kerakusan kuasa
- Petisyen ‘Jangan Kuburkan Kes Adib’ terus dapat sambutan
- Ain Edruce kena kecam sebab over (Video)
- Dedah hubungan sulit, wanita bakar anak hidup-hidup
- UMNO tiada masalah tanpa Bersatu
- Idris akhirnya mengaku bertemu dengan Anwar bersama 3 Adun
- Resepi ubi kayu croquettes pasti sedap
- ‘Abang askar’ jilat tangan pekerja wanita kedai vape dicekup [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.