‘Nak rentas negeri, lebih baik ada syarat’

SHAH ALAM – Aktiviti rentas negeri yang bakal dibenarkan tidak lama lagi perlu disertai dengan beberapa syarat bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

Pakar Kesihatan Awam dari Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Malina Osman berkata, antara syarat yang wajar ditetapkan ialah menjalani ujian kendiri Covid-19 khususnya kepada individu yang tidak boleh atau memilih untuk tidak divaksin.

“Bagi saya, ia wajar diwajibkan untuk mereka yang tidak boleh divaksin atau mereka yang memilih untuk tidak disuntik bagi mengelakkan potensi jangkitan atau ledakan kes di kalangan mereka yang belum atau tidak divaksin.



“Pemantauan ujian kendiri boleh dimasukkan sebagai satu fungsi dalam MySejahtera bagi membolehkan mereka ini dipantau serta diberikan rawatan dan kuarantin pantas sebelum kemungkinan jangkitan terus merebak dalam komuniti,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa larangan rentas negeri akan ditarik semula dalam masa beberapa hari lagi.

Sehubungan itu, beliau memberi peringatan supaya semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan jangkitan Covid-19.

Pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan awam, Dr Hanafiah Bashirun berkata, bagi menggalakkan orang ramai melakukan ujian kendiri, kerajaan perlu mengurangkan lagi harga kit ujian saringan jenis Rapid Test Kit (RTK) Antigen kepada harga yang mampu dimiliki oleh orang ramai.



“Saya berharap Menteri Kesihatan (Khairy Jamaluddin Abu Bakar) dapat mengurangkan harga kit ujian saringan supaya lebih ramai orang boleh lakukan ujian saringan dalam usaha mengekang penularan Covid-19,” katanya.

Sementara itu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Jabatan Perubatan Kemasyarakatan dan Pencegahan daripada Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Marzuki Isahak berkata, orang ramai digesa sentiasa mematuhi dan meningkatkan lagi prosedur operasi standard (SOP) kendiri menjelang kebenaran merentas negeri yang dijangka diumumkan beberapa hari lagi.Jelasnya, kegagalan individu berbuat demikian dikhuatiri meningkatkan kes jangkitan memandangkan kadar positif Covid-19 di beberapa negeri masih tinggi.

“Sebagai contoh di Singapura apabila mereka longgarkan SOP, kes meningkat kepada 2,000 hingga 3,000 sehari.

“Ia juga mungkin berlaku di Malaysia memandangkan kadar positif di beberapa negeri masih tinggi di mana kes Covid-19 masih berleluasa dalam komuniti,” katanya.



‘Nak rentas negeri, lebih baik ada syarat’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Rentas negeri beberapa hari lagi – Dr Noor Hisham



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker