Pemandu bas maut tersepit babit empat kenderaan — MYKMU.NET

Pemandu bas maut tersepit babit empat kenderaan

Sebaran :

Pemandu bas maut tersepit babit empat kenderaan

SEREMBAN: Seorang pemandu bas maut akibat tersepit selepas terlibat dalam nahas membabitkan empat kenderaan di Jalan Sendayan Lama, berhampiran Kampung Jimah dekat sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, mangsa, G Erudayasamy, 56, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dada.

Beliau berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 9 pagi itu melibatkan sebuah treler, bas, kenderaan pacuan empat roda dan sebuah motosikal.
“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila treler yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 30 tahun sedang bergerak dari arah Nilai menuju ke arah Springhill, Sendayan.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan yang dipandu itu hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan melanggar sebuah bas milik yang dipandu mangsa.

“Kemudian datang sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton, yang dipandu seorang lelaki berumur 35 tahun dari arah belakang bas, lalu terlanggar bahagian kanan bas tersebut, sebelum sebuah motosikal jenis Modenas Kriss yang ditunggang seorang lelaki berusia 38 tahun melanggar kenderaan pacuan empat roda terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Mengulas lanjut, Mohd Said berkata, akibat daripada nahas tersebut, pemandu bas terbabit mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dada akibat tersepit sebelum disahkan meninggal dunia manakala pemandu lori pula mengalami kecederaan di bahagian mata dan dua lagi individu yang lain hanya cedera ringan.

“Mayat mangsa telah dibawa ke bahagian Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Sek 41(1) APJ 1987 manakala siasatan lanjut masih dijalankan,” ujarnya-SH

Pemandu bas maut tersepit babit empat kenderaan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


5 reformasi hentikan sarkas katak

Saintis ramal Bumi tidak stabil kerana bulan semakin jauh


Sebaran :

Leave a Reply

%d bloggers like this: