Trump puas hati dengan Modi, turunkan tarif India

Trump puas hati dengan Modi, turunkan tarif India

Trump puas hati dengan Modi, turunkan tarif India
KOMBINASI gambar menunjukkan Trump dan Modi. – AFP

WASHINGTON – Presiden Donald Trump mengumumkan beliau mencapai  perjanjian perdagangan dengan Perdana Menteri Narendra Modi, di mana Amerika Syarikat(AS) akan menurunkan tarif ke atas barangan India kepada 18 peratus berbanding 25 peratus, lapor Perbadanan Penyiaran British semalam.

Dalam hantaran di laman Truth Social, Trump berkata,  India akan mengurangkan halangan perdagangan kepada sifar dan juga  berhenti membeli minyak Russia.

Trump berkata, denda berupa tarif tambahan 25 peratus yang dikenakan kerana keengganan Delhi untuk berhenti membeli minyak dari Russia akan digugurkan.

Modi pula memberitahu di laman X bahawa beliau gembira kerana persetujuan dengan AS telah dicapai.

Dalam hantaran tersebut, Trump berkata, beliau mengadakan panggilan telefon waktu pagi dengan Modi termasuk berbincang mengenai perdagangan dan perang Russia-Ukraine.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

Jangan Jadi Penghasut: Isu Tanah Kampung Melayu Majidee Bukan Bahan Politik Murahan


“Modi bersetuju untuk berhenti membeli minyak Russia, serta untuk membeli lebih banyak minyak dari Amerika Syarikat dan berpotensi, Venezuela,” kata Trump.

Menurutnya, atas permintaan Modi, beliau segera ‘bersetuju dengan perjanjian perdagangan’  yang akan menyaksikan tarif diturunkan dan halangan bukan tarif India dikurangkan kepada sifar.

Tambah Trump, Modi juga berjanji untuk membeli barangan Amerika bernilai lebih AS$500 bilion (RM1.9 trilion)   termasuk produk tenaga, teknologi, pertanian dan arang batu. – AGENSI

Trump puas hati dengan Modi, turunkan tarif India

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Utamakan Kebajikan Warga KL, Bukan Pilihan Raya Datuk Bandar – Gulam Muszaffar

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker