Tekong bot pelancong lalok dadah ditahan polis

Tekong bot pelancong lalok dadah ditahan polis

MERSING: Polis menahan seorang tekong dan seorang awak-awak disyaki berada di bawah pengaruh dadah yang membawa bot pelancong secara berbahaya di perairan Mersing, berhampiran Pulau Rawa di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Mersing Cyril Edward Nuing berkata dalam kejadian pada 10 pagi itu bot yang turut membawa lima penumpang selain tekong dan awak-awak warga tempatan itu dikendalikan dengan laju dan berbahaya.



“Kedua-dua lelaki yang berusia dalam lingkungan 22 hingga 26 tahun itu telah menjalani ujian saringan air kencing dan didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Mereka direman selama tiga hari bermula semalam bagi siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Cyril berkata bot berkenaan turut dirampas dan diserahkan kepada Jabatan Laut Mersing untuk tindakan selanjutnya.

“Kita juga ingin menasihati pengusaha bot agar sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan dan mematuhi peraturan serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan lebih-lebih lagi ketika berdepan peralihan Monsun Timur Laut yang dijangka bermula awal bulan depan,” katanya. FMT



Tekong bot pelancong lalok dadah ditahan polis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Penang White Curry Noodles dipilih mee segera terbaik di Amerika



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker