Sultan Johor murka tekong bot bawa pelancong lalok dadah

Sultan Johor murka tekong bot bawa pelancong lalok dadah

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar murka dengan kejadian tekong bot pelancong di Mersing yang membawa secara berbahaya di bawah pengaruh dadah.

“Saya rasa kesal dengan kejadian yang berlaku betul-betul di depan mata saya.



“Saya lihat mereka bawa bot penumpang dengan laju dan berbahaya dekat jeti Pulau Rawa. Saya arahkan pihak polis menahan bot tersebut yang dalamnya ada membawa satu keluarga dengan anak-anak kecil untuk aktiviti ‘island hopping’,” kata baginda dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Mersing Cyril Edward Nuing, hasil ujian air kencing mendapati kedua-dua pengemudi bot berkenaan positif dadah jenis methamphetamine.

Sultan Ibrahim turut mengarahkan semua agensi penguatkuasaan meningkatkan rondaan dan mengambil tindakan tegas.

“Setelah pihak polis buat penahanan dan siasatan lanjut, jelaslah tindakan mereka memandu bot dengan tidak tentu arah kerana kesan pengaruh dadah.



“Ambillah tindakan tegas termasuk membatalkan lesen pemandu dan rampas bot yang tidak mengikut peraturan.

“Perkara seperti ini sangat memalukan industri pelancongan negeri Johor. Saya harap perkara sebegini tidak berulang lagi,” kata baginda.

Terdahulu media melaporkan, polis menahan seorang tekong dan seorang awak-awak disyaki berada di bawah pengaruh dadah yang membawa bot pelancong secaraSultan Johor murka tekong bot bawa pelancong lalok dadah berbahaya di perairan Mersing, berhampiran Pulau Rawa pagi semalam.

Dalam kejadian pada jam 10 pagi itu, bot yang turut membawa lima penumpang selain tekong dan awak-awak warga tempatan itu dikendalikan dengan laju dan berbahaya.
FMT



Sultan Johor murka tekong bot bawa pelancong lalok dadah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Penang White Curry Noodles dipilih mee segera terbaik di Amerika



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker