Reka cerita palsu diculik demi tuntut wang tebusan daripada bapa

Reka cerita palsu diculik demi tuntut wang tebusan daripada bapa

MUAR: Polis menahan tiga beradik perempuan yang mereka-reka cerita kononnya dikurung dan kemudian meminta wang tebusan daripada bapa mereka di Pagoh, dekat sini dan Iskandar Puteri, semalam.

Ketua Polis Daerah Muar, Zaharudin Rasip berkata, tiga beradik berumur 25 hingga 32 tahun itu ditahan pada 8.30 malam.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan daripada bapa mereka yang berumur 66 tahun pada Jumaat lepas yang memberitahu dia menerima panggilan telefon mendakwa anaknya dikurung.

“Siasatan polis mendapati ketiga-tiga mereka berkonspirasi mereka-reka cerita palsu bagi mendapatkan wang daripada pengadu (bapa). Ketiga-tiganya ditahan reman tiga hari untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zaharudin berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana daripada dua hukuman itu. FMT

Reka cerita palsu diculik demi tuntut wang tebusan daripada bapa


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tindakan Achey Bocey bantu warga asing dipuji (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker