Kerajaan longgar syarat MM2H sedia ada

Kerajaan longgar syarat MM2H sedia ada

Kerajaan telah melonggarkan peraturan baharu untuk Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), dengan pemohon yang sudah mendaftar hanya perlu memenuhi dua daripada 10 syarat baharu.

Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin berkata, peserta MM2H sedia ada tidak terikat kepada syarat baharu itu, kecuali kenaikan yuran daripada RM90 kepada RM500 setahun dan syarat tinggal di Malaysia minimum 90 hari setiap tahun.



“Penambahbaikan itu untuk memastikan hanya mereka yang mempunyai ‘kualiti baik’ dan benar-benar boleh menyumbang kepada ekonomi negara dibenarkan menyertai program itu,” katanya di Dewan Rakyat.

MM2H digantung pada Julai 2020, sebelum dilaksanakan semula Ogos lalu dengan 10 syarat baharu.

Antara syarat baharu itu ialah simpanan tetap wajib di bank tempatan dinaikkan daripada RM150,000 dan RM300,000 kepada RM1 juta, serta pendapatan bulanan luar negara daripada RM10,000 kepada RM40,000.

Pemohon juga perlu mempunyai sekurang-kurangnya RM1.5 juta aset cair berbanding RM300,000 dan RM500,000 sebelum ini.



Antara pihak yang menggesa Putrajaya mengkaji semula syarat baharu MM2H itu ialah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang berkata, ia akan menjejaskan pendapatan negara dan menakutkan pelabur. FMT

Kerajaan longgar syarat MM2H sedia ada


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Tindakan Achey Bocey bantu warga asing dipuji (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker