Akaun bank tinggal RM1, macam mana nak beli Datuk?

KUALA LUMPUR : Terkenal dengan slogan Kasi Sengat, pelakon Soffi Jikan, 51, mengejutkan ramai apabila dia kini dikatakan bergelar Datuk.

Tidak menafikan perkara tersebut, Soffi bagaimanapun memilih untuk tidak memberi komen lanjut termasuk daripada pihak mana dan sebagainya kerana bagi pelakon ini, ia berkaitan dengan urusan undang-undang.

“Saya sudah lama terima gelaran itu, tetapi tak mahu komen lebih-lebih mengenai hal itu kerana telah mendapat nasihat peguam. Anda semua akan dapat jawapannya sendiri kelak. Allah SWT tak akan menyembunyikan perkara yang baik,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tetap dengan pendiriannya untuk tidak memberi komen meski digesa, Soffi bagaimanapun mengaku bimbang andai tersilap kata dan perkara itu akan menimbulkan kontradiksi tertentu yang telah dipersetujui.

“Kalau saya jawab salah, tak jawab pun salah. Tapi saya rasa benda ini akan terjawab nanti, biarlah dalam bentuk surat rasmi atau sokongan bukti, itu lebih baik,” katanya.

Sementara itu, ditanya sama ada timbul kebimbangannya andai ramai pihak terutama netizen yang akan mempersoalkan gelaran itu telah dibelinya, Soffi cuma tertawa kecil.

Menurutnya, tidak mungkin dia akan melakukan hal seperti itu sedangkan baki yang tinggal dalam akaun bank juga cuma tinggal RM1.

“Nak beli gelaran Datuk? Saya boleh lampirkan tangkap layar kepada awak untuk buktikan akaun bank saya tinggal RM1 sahaja. Tak perlu temberang, saya jujur saja. Duit tinggal seringgit, macam mana nak beli? Tak masuk akallah.

“Sebelum ini pun, apabila ada yang tahu saya ada gelaran itu, ramai yang datang cuba nak minta derma dengan saya. Tapi apa yang mereka tak tahu, saya sendiri pun bukan orang senang, nak derma macam mana,” katanya.

Mengulas lanjut, kata Soffi, dia juga enggan orang memanggilnya dengan gelaran tersebut kerana menganggap dia manusia biasa dan masih berusaha dalam urusan perjuangan dan misinya.

“Tapi apa pun saya syukur. Allah SWT berikan saya ketenangan walau tak senang. Dalam hidup ini, Dia bagi dua pilihan saja, senang atau tenang. Saya pilih tenang sebab orang yang senang tak selalunya tenang.

“Saya pula masih berjuang dengan urusan hak royalti industri kreatif selain membantu mengangkat usahawan bumiputera dalam bidang Industri Kecil Sederhana (IKS). Sekarang pun sibuk nak bangunkan perniagaan minyak pelincir kenderaan di bawah jenama S.O.P. (Super Oil Power). Pendek kata memang ‘struggle’,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Akaun bank tinggal RM1, macam mana nak beli Datuk?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tindakan Achey Bocey bantu warga asing dipuji (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker