Kenyataan saya ‘dipotong’ sampai orang bukan Islam salah faham – Syakir Nasoha

Kenyataan saya ‘dipotong’ sampai orang bukan Islam salah faham – Syakir Nasoha

Penceramah, Syakir Nasoha, yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan menjelaskan, ceramah asalnya dipotong dan ditular sehingga menyebabkan orang bukan Islam tersalah faham apa yang dimaksudkan.

Dalam video penjelasannya, Syakir berkata, keratan video itu diambil dan disebarkan kepada umum sehingga menimbulkan salah faham kepada orang bukan Islam.

“Ini kerana untuk memahami kaedah hadis dan sebagai yang saya katakan tadi, bukan boleh faham dengan serta-merta dengan tengok satu video sahaja, untuk orang Islam sendiri pun untuk belajar Islam ambil masa lama, mengaji sekolah tahfiz dan sebagainya kita belajar sampai beberapa tahun untuk kita memahami,” katanya.

Syakir berkata, maksud perkataan ‘kafir’ yang digunakan itu bukan bermaksud ‘jahat’, malah kafir dalam memberi makna ‘tutup’ atau kepada golongan yang tidak beriman dengan keyakinan Islam.

“Mungkin ada yang salah sangka terhadap agama Islam, kalau macam itu agama Islam membawa keburukan..tidak. Yang dimaksudkan dengan orang kafir akan mengerumuni orang Islam kita kena faham makna kafir itu.

“Dalam konteks ilmu agama kami, kafir ini pulak terbahagi kepada dua, yang pertama disebut sebagai kafir zimmi, yang kedua kafir harbi.

“Kafir zimmi merujuk kepada orang bukan Islam tapi bersifat zimmi, makna zimmi dia tidak memusuhi Islam, dia kafir bukan Islam dan tidak memusuhi Islam…kafir harbi kafir yang memusuhi Islam, anti Islam dan benci Islam tak suka Islam… yang melakukan jenayah ke atas Islam, maka ini, namanya musuh Islam,” katanya.

Katanya, dalam ceramahnya merujuk kepada ‘kafir harbi’ yang melakukan kekejaman terhadap Islam seperti yang dilakukan di Selatan Thailand oleh penganut Buddha, manakala di India dan Pakistan, oleh penganut Hindu, terhadap umat Islam di sana.

“(Dalam video ceramah) Hindu di sini bukan dimaksudkan Hindu yang kafir zimmi tadi, bukan hindu yang tak ada masalah dengan Islam. Ini hindu yang bermasalah, anti- Islam dan memusuhi Islam itu yang dimaksudkan. Hindu yang tak ada masalah dengan Islam itu tidak ada masalah, kita boleh berkawan dengan baik. Malah, saya sendiri pun ada kawan-kawan orang India beragama hindu,” katanya.

Syakir ketika mengulas lanjut, bagaimanapun memohon maaf terhadap kekhilafannya dalam membezakan ‘dayak’ sebagai agama, sebaliknya dayak merujuk kepada kaum.

“Di sini, berlaku kekhilafan dan saya mengaku kesilapan saya sendiri, kurangnya mencari maklumat, Dayak itu bangsa, suku kaum saya ingat Dayak itu adalah agama. Rupanya, dalam Dayak itu ada yang Islam ada yang Kristian, ada yang Buddha, bila saya sebut dayak, semua orang terasa,” katanya.

Katanya, sama juga dalam konteks kafir zimmi dan harbi, ia tidak merujuk kepada Dayak yang memusuhi Islam.

Syakir berkata, sambungan kepada video pendek itu bagaimanapun tidak memaparkan sambungan bahawa kandungan ceramahnya merujuk kepada kafir harbi, iaitu kafir memusuhi Islam.

“Ada juga kes yang mengaku Islam tapi, melakukan pengeboman bunuh orang, saya sendiri sebagai orang Islam tidak setuju dan kami pun tidak mengaku mereka ini bersefahaman, sealiran dengan kami yang mencintai keamanan,” katanya.

Katanya, dengan penjelasannnya itu, kehidupan rakyat berbilang bangsa dan agama di negara ini dalam keadaan aman damai dan tidak ada permusuhan, termasuk kebencian sesama kita. FMT

Kenyataan saya ‘dipotong’ sampai orang bukan Islam salah faham – Syakir Nasoha


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tindakan Achey Bocey bantu warga asing dipuji (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker