Hutang kerajaan RM965.3 bilion setakat Ogos

Hutang kerajaan RM965.3 bilion setakat Ogos – Shahar

Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah berkata, hutang kerajaan mencecah RM965.3 bilion atau 63.3% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) setakat akhir Ogos lalu.

Katanya, ia di tahap terkawal meskipun kerajaan membuat pinjaman bagi membiayai pakej bantuan kepada rakyat, selain projek pembangunan bagi menyokong objektif Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

“Hutang statutori yang merangkumi instrumen Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS), Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) dan MITB (Bil Perbendaharaan Islam Malaysia) mencatatkan 59.2% daripada KDNK sehingga Ogos 2021.

“Ia masih berada di bawah 60% daripada KDNK yang ditetapkan,” katanya pada sesi penggulungan RMK12 di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Shahar berkata, perbelanjaan kerajaan sudah pasti memberi impak berganda kepada ekonomi rakyat.

“Bagi meringankan beban hutang dan bayaran khidmat hutang, kerajaan persekutuan perlu memastikan perbelanjaan memberi impak berganda kepada ekonomi dan rakyat.

“Dengan pengukuhan dan pemulihan kembali ekonomi, hasil kerajaan akan kembali meningkat dan ini memberi ruang fiskal kepada kerajaan,” katanya. FMT

Hutang kerajaan RM965.3 bilion setakat Ogos


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tindakan Achey Bocey bantu warga asing dipuji (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker