“Mohon Doakan”-Keadaan Ustaz Kazim Elias Berkerusi Roda, Topang Ketiak, Terkena Buatan Orang? [VIDEO]

“Mohon Doakan”-Keadaan Ustaz Kazim Elias Berkerusi Roda, Topang Ketiak, Terkena Buatan Orang? [VIDEO]

Dalam entri tersebut, Ustaz Kazim berkongsi video tersebut untuk tatapan umum: “Mohon doakan,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.

Melihat pada perkongsian berdurasi 30 saat itu, Ustaz Kazim terpaksa menggunakan topang ketiak sebagai sokongan untuknya berjalan.

Malah menerusi perkongsian video oleh seorang pengikut yang dikenali sebagai Imran Ismail di laman TikTok, menunjukkan Kazim perlu menggunakan bantuan kerusi roda untuk bergerak.

https://www.tiktok.com/@imranismail0324/video/7012798006592376066?is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7000738752680445441

Tidak hanya itu, Imran turut memaklumkan mereka sehingga kini tidak tahu apa penyakit yang menimpa Kazim: “Kita tak tahu orang buat atau memang penyakit wallahualam hanya Allah yang tahu kebenarannya. Doakan untuk ustaz yer semua,” jelasnya.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya menitipkan doa agar Kazim diberikan kesembuhan dengan segera.

“@Muhamad Fitri: Orang mcm ustaz ni paling banyak ujian di dunia kerana Allah sayang. Bertabah ya ustaz, semoga ustaz kembali sihat.” – “@user8960078436924: Ustaz ini yang paling banyak orang dengki, mesti pahala ustaz ni seluas lautan, insyallah reda kerana ALLAH.”

“@Achik Jojoy86: Ya ALLAH ya Tuhanku angkat kan penyakit ustaz Kazim Elias semoga disembuhkan ya ALLAH kami berserah kepadamu ya ALLAH urusan-urusan di dunia ni amin.” –

“@user9880434427057: Kami doakan ustaz sihat selalu dan cepat sembuh supaya dapat perjuangkan dakwah ustaz… Allah sayang ustaz.”

“@Nrmaziah123_: Ya Allah patut laa lama tak tengok ustaz ceramah. Semoga Allah beri kesembuhan kepada ustaz seperti sedia kala dan dipermudahkan segala urusan amin.” antara komen-komen pengikutnya dalam perkongsian video tersebut yang kini menerima lebih 800,000 tontonan di laman TikTok.

Moga Cepat Sembuh Ustaz

Kenapa ni Ustaz?

Angkatlah Segala Penyakit

“Mohon Doakan”-Keadaan Ustaz Kazim Elias Berkerusi Roda, Topang Ketiak, Terkena Buatan Orang? [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Takkan saya tak berhak tahu – Najib

Wanita mengaku Nabi, dihukum mati

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker