Amaran ribut petir di sembilan buah negeri

Sebaran :

Amaran ribut petir di sembilan buah negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di sembilan buah negeri yang dijangka berlaku sehingga pukul 7 petang ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran di Twitter berkata, negeri yang terlibat ialah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Di Kedah, daerah yang terlibat ialah Padang Terap, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Pulau Pinang, daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan turut dikenakan amaran sama.

“Selain itu di Perak, hujan lebat berserta ribut petir juga bakal melanda daerah Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta dan Kampar. Bagi negeri Kelantan pula, daerah yang terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas dan Kota Bharu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, di Terengganu cuaca sama turut diramal berlaku di daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

“Di Pahang pula, cuaca hujan dijangka berlaku di Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Rompin. Selain itu, di Sarawak pula kawasan yang dikenakan amaran ribut petir ialah Kuching (Bau dan Lundu), Sibu, Mukah, Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu dan Limbang (Limbang).

“Sementara itu di Sabah, cuaca sama diramal melanda Pedalaman (Sipitang, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas),” tambahnya. K Online

Amaran ribut petir di sembilan buah negeri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Takkan saya tak berhak tahu – Najib


Sebaran :

Leave a Reply