Anak Monyet Dirantai, Dijual Di Pasar Basah Di Bali
Anak Monyet Dirantai, Dijual Di Pasar Basah Di Bali
JAKARTA – Pihak berkuasa Indonesia digesa untuk campur tangan selepas terdapat laporan bahawa sebilangan besar anak monyet ditemui dirantai pada leher dan dijual di pasar basah di Bali, lapor akhbar Daily Star kelmarin.
Jaringan Bantuan Haiwan Jakarta (JAAN) menegaskan, organisasi itu mendesak tindakan untuk menentang ‘jenayah hidupan liar yang serius’ kerana monyet berekor panjang yang dibawa dari pulau Sumatera itu telah dijual secara terbuka setiap bulan di Pasar Burung Satria, Denpasar.
Spesies tersebut diklasifikasikan sebagai spesies berisiko di peringkat antarabangsa dan belum mendapat perlindungan di Indonesia.
Organisasi itu mendakwa bahawa ramai pelancong dan pelanggan membeli monyet-monyet itu kerana kasihan, namun tidak mengetahui cara yang betul untuk memberikan rawatan kepada haiwan-haiwan tersebut.
“Di Bali, kami melihat sebilangan besar haiwan primat dijual secara terbuka di Pasar Burung Satria.
“Semua laporan kami kepada pihak berkuasa yang meminta campur tangan tidak mendapat sebarang balasan,” demikian kata kenyataan yang dikeluarkan JAAN.
Sementara itu, Balai Konservasi Sumber Daya Alam (BKSDA) Badan Pemuliharaan Alam Sekitar Indonesia berkata, pihaknya berdepan kesukaran untuk mengawal aktiviti penjualan anak-anak monyet tersebut kerana spesies itu adalah kecil, jinak dan mudah disembunyikan.
“Individu yang melakukan perdagangan haiwan liar ini hanya boleh dituduh atas kesalahan penganiayaan haiwan di bawah Kod Jenayah (KUHP) bersama bukti yang jelas,” kata agensi itu.
Sejak dua bulan lalu, pihak berkuasa Indonesia telah merampas 36 ekor anak monyet yang sedang dibawa dari Jawa ke Bali. – AGENSI
Anak Monyet Dirantai, Dijual Di Pasar Basah Di Bali
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik :
- Air mata Loca B berderai anak tak diiktiraf warganegara
- Isteri ‘Kantoi’ Depan Suami Bila Curang Bersama Lelaki Lain Di Rumah [VIDEO]
- Tak payah jadi menteri kalau tak boleh selesaikan isu dera – Azalina
- Khazanah boleh kaut untung RM36 bilion dalam SEA Ltd jika PH tak jual – Najib
- Najib jawab pengkritik yang mengatakan Ahmad Maslan bersalah kerana bayar kompaun
- Bersalin Ketika Hari Pertama Kembali Bersekolah, Gadis 15 tahun Ini Tak Sedar Dirinya Hamil [VIDEO]
- Najib cadang rakyat beli saham dan had pelaburan ASB dinaikkan
- Resepi Telur Goreng Cripsy Viral
- Siasatan dapati pembantu rumah dirogol oleh Paul Yong
- Mahu Rakam Mercedes Klasik, Sekali Terkejut Tok Mat yang pandu (Video)
- https://mykmu.net/2021/09/28/mat-sabu-tegur-anwar-hina-kerajaan-disokong-ulama-sekali-azalina-mencelah/
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.