Dana rumah mampu milik, skim perumahan belia diperkenal

Dana rumah mampu milik, skim perumahan belia diperkenal

Kerajaan menyediakan dana untuk Rumah Mampu Milik dan Skim Perumahan Belia bagi membiayai pembelian rumah pertama dibawah program Rent to Own (RTO).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, program RTO ini akan diperluaskan merangkumi rumah berharga sehingga RM500,000.

Menurutnya, bagi tujuan itu, KPKT akan menggembleng kerjasama daripada semua pihak termasuklah agensi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan pemain industri untuk bersama-sama mencapai matlamat ini.

“Dalam konteks ini, Kementerian sedang dalam kajian untuk menubuhkan National Housing Corporation (NHC) yang berperanan sebagai peneraju pembangunan perumahan secara bersepadu,” jelasnya menerusi kenyataan hari ini.

Reezal berkata, bagi menjayakan matlamat Rancangan Malaysia Kedua Belas, 2021-2025 (RMKe-12) KPKT menggariskan bidang-bidang keutamaan yang menyentuh fungsi dan peranan kementerian.

Katanya lagi, KPKT akan memastikan sebanyak 500,000 unit Rumah Mampu Milik disediakan sehingga akhir tahun 2025 demi kesejahteraan keluarga Malaysia.

“Begitu juga peningkatan taraf hidup isi rumah miskin dengan menambah baik infrastruktur dan kemudahan asas, memantau dan menilai usaha dan pelaksanaan ke arah mencapai kemampanan bandar melalui pembangunan Malaysia Urban Observatory (MUO).

“Mengarus perdana pendigitalan dalam penyampaian perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Mengutamakan Pembangunan Bandar Hijau dan Berdaya Tahan bagi dan Mentransformasi pengurusan sisa pepejal ke arah pembangunan ekonomi kitaran,” jelasnya.

Tambahnya lagi, di bawah fokus perumahan, harga siling rumah mampu milik akan diperkenalkan di pasaran sekunder sebagai mekanisme kawalan harga rumah khususnya di kawasan bandar.

“Pembangunan bandar pintar dan mampan akan dipergiatkan bagi meningkatkan daya saing bandar dengan aplikasi ICT, teknologi termaju dan inovasi bagi menangani isu-isu perbandaran juga akan diberikan tumpuan,” tegasnya. Utusan

Dana rumah mampu milik, skim perumahan belia diperkenal


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Takkan saya tak berhak tahu – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker