Jumlah Banduan Melebihi Kapasiti Sebenar Di Penjara – Timbalan Menteri KDN
Jumlah Banduan Melebihi Kapasiti Sebenar Di Penjara – Timbalan Menteri KDN
Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan bahawa jumlah banduan di seluruh negara ketika ini melebihi kapasiti sebenar penjara.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Mohamed Said berkata, statistik Jabatan Penjara Malaysia setakat 25 Ogos tahun ini menunjukkan jumlah keseluruhan banduan di penjara adalah seramai 69,507 orang.
Jumlah tersebut telah melebihi kapasiti sebanyak 13.5 peratus atau 8,265 orang, tambahnya.
“Antaranya adalah pemindahan banduan dari satu penjara ke lain-lain penjara yang tidak sesak, Jabatan Penjara Malaysia dengan sokongan KDN telah mewujudkan beberapa penjara sementara.
“Selain itu, sebanyak 13 bekas kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah diubahsuai sebagai Penjara Satelit (PS), untuk penempatan banduan yang baru untuk tujuan pengasingan sebelum dimasukkan ke penjara,” katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Wan Hassan Mohd Ramli (Pas-Dungun) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan rancangan Kementerian untuk menyelesaikan masalah kesesakan penjara pada waktu ini berikutan penularan jangkitan yang pantas di kalangan banduan terutamanya jangkitan COVID-19.
Mengulas lanjut, Ismail berkata penjara sementara dibangunkan bagi mengatasi masalah tersebut, dan ia diwartakan di bawah Seksyen 3, Akta Penjara 1995 dan sebagai Admission Prison.
Selain itu, Jabatan Penjara Malaysia turut mewujudkan Pusat Transit Penerimaan (PTP) di institusi penjara bagi mengurangkan tahap kebolehjangkitan COVID-19 dalam kalangan banduan serta mengurangkan kesesakan.
Langkah ini katanya, untuk menempatkan banduan sabitan dan reman kategori risiko keselamatan minimum dengan mengambil kira keperluan pengasingan berdasarkan tarikh-tarikh kemasukan.-Awani
Jumlah Banduan Melebihi Kapasiti Sebenar Di Penjara – Timbalan Menteri KDN
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Ucapan Alhamdulillah banjiri Facebook Noor Hisham
- Meninggal dunia depan rumah lepas pulang kayuh basikal
- Laporan SPRM terhadap Annuar Musa dibuat oleh ahli Amanah
- Isu Kehilangan RM25 juta wang bahan bukti, “Penyamun Anak Emas” Kebal Dalam SPRM?
- Kes RM25j duit bukti SPRM hilang: Itu baru sikit – sumber
- Umno tak akan bersama Bersatu dalam PRU15, sedia bertembung
- Google Issues Warning For 2 Billion Chrome Users
- Ac Mizal ‘hentam’ Iqbal riak campak duit
- Ketagih seks, fakta menakutkan
- Besarkan payudara, elak guna model bertudung – Noorkhiriah
- Wanita Leka Berasmara Di Balkoni Jatuh Terduduk Atas Bumbung Kereta [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU
China bertindak ‘buli’ Malaysia selepas TUDM buat latihan dengan AS
You must be logged in to post a comment.