Pembiayaan RMK12 perlu cukai lebih banyak

Pembiayaan RMK12 perlu cukai lebih banyak

Perbelanjaan pembangunan untuk Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) akan menelan belanja RM400 bilion – naik 60.96 peratus berbanding RMK11.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mengatakan untuk membiayai rancangan ini, kerajaan harus mengurangkan hutang dan menambah cukai.

“Untuk memastikan ada ruang fiskal yang cukup untuk membiayai semua program pembangunan di bawah RMK-12, kerajaan tetap komited untuk langkah-langkah penyatuan fiskal berdasarkan Kerangka Fiskal Jangka Menengah.

“(Ini) disokong oleh Strategi Pendapatan Jangka Menengah untuk memperluas dasar cukai negara dan meningkatkan kemampuan kerajaan untuk komitmen hutang,” katanya.

“Penyatuan fiskal” adalah istilah yang merujuk langkah mengurangkan tahap hutang negara berbanding keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Zafrul menjelaskan bahawa kerajaan perlu meningkatkan had hutang berkanun sementara, naik dari 60 peratus daripada KDNK pada masa ini, untuk meminjam lebih banyak.

“Walaupun ini akan meningkatkan sasaran defisit Malaysia, yang diperkirakan meningkat 6.5 perauts menjadi tujuh peratus dari KDNK pada tahun 2021, kerajaan tetap komited untuk langkah-langkah penyatuan fiskal dalam jangka menengah,” katanya.

Tambahnya, penguatkuasaan Akta Tanggungjawab Fiskal akan membantu meningkatkan tadbir urus, ketelusan dan kebertanggungjawaban pengurusan fiskal negara. Mk

Pembiayaan RMK12 perlu cukai lebih banyak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Polis siasat kes Toyota Alphard P45 langgar peraturan lalu lintas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker