Mahkamah keluar waran tangkap terhadap Clare Sarawak Report
Mahkamah keluar waran tangkap terhadap Clare Sarawak Report
Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown, kerana gagal hadir pada pertuduhan berkaitan kes mengeluarkan fitnah terhadap Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.
Majistret Nordiana Abd Aziz mengeluarkan perintah tersebut selepas pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya memohon waran tangkap dikeluarkan terhadap tertuduh, yang berumur 62 tahun itu.
Nordiana kemudian menetapkan 23 Nov ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah, Noor Haslinda Che Seman dan Nadia Zulkefli.
Rewcastle-Brown dijadual dituduh hari ini mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah melalui buku ‘The Sarawak Report – The Inside Story of the 1MDB Expose’.
Sultanah Nur Zahirah sebelum ini memfailkan saman fitnah terhadap Rewcastle-Brown berhubung fitnah dalam buku ‘The Sarawak Report-The Inside Story of the 1MDB Expose’ dan menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta.
Sultanah Nur Zahirah yang memfailkan saman pada 21 Nov 2018, mendakwa kenyataan berbaur fitnah itu antara lain bermaksud baginda terlibat dalam amalan rasuah serta mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri Terengganu, selain menggunakan status baginda untuk mempengaruhi penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) yang kemudian dikenali sebagai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sultanah Nur Zahirah juga mendakwa kenyataan itu membawa maksud baginda telah membantu ahli perniagaan dalam buruan Jho Low atau Low Taek Jho menjadi penasihat TIA. Mk
Mahkamah keluar waran tangkap terhadap Clare Sarawak Report
Baca Artikel Menarik :
- Norhizam Baktee naik ‘sheikh’ lagi dalam Dun
- Saksi Ada, Dokumen Palsu Ada, Bila Pula Najib Buli LHDN?
- Sesuatu yang besar bakal berlaku – Firdaus Wong
- Tak boleh usik langsung, kuat back up – PU Syed
- Nenek 59 tahun kahwin jejaka 22 tahun
- Pelajar sekolah didakwa tukar-tukar gambar bogel gadis bawah umur
- Najib cabar Rayer bawa pakar cukai
- Who really is Shafie and why does he oppose that MoU?
- Resepi Kek Sunquick Gebu Serius Sedap
- Broker jam dikaitkan dengan projek terowong laut P Pinang
- Saya harap dia sentiasa bertaubat – Caprice
Layari Laman Facebook MYKMU